Monday, May 13, 2013

RED BEAN ARMY AKAN BERTUKAR KEPADA BLACK ARMY?





Pengakuan aktivis DAP bahawa ‘Red Bean Army’ yang bilangannya menjangkau 3,000 orang merupakan senjata sulit yang membantu kemenangan DAP dalam PRU-13 lepas.  Tentera perang maya yang terlatih itu telah berjaya melumpuhkan kepercaan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN).  Tentera tersebut juga telah berjaya mencairkan begitu ramai pengundi Melayu, khususnya penyokong PAS yang gairah mengundi DAP kerana percaya sistem sosialis DAP boleh memerintah lebih cekap daripada BN.  

Tentera perang maya DAP difahamkan telah menggunakan segala teknik ITC dan juga penyebaran maklumat palsu termasuk sabotaj laman web dalam operasi mereka.

Setelah mengalami kekalahan di medan pilihanraya, para pemimpin DAP-PKR-PAS hari ini bersungguh-sungguh mahu membawa penyokong mereka ke medan jalanraya di seluruh negara.  Ini sangat merbahaya kepada ketenteraman dan keamanan negara serta boleh melumpuhkan ekonomi negara.

Dunia luar sedang memerhatikan Malaysia.  Sekiranya ada demonstrasi berterusan banyak keputusan pelaburan, jaringan ekonomi dan perlancongan akan ditangguhkan.  Adakah ini pilihan para pemimpin DAP-PKR-PAS iaitu memusnahkan negara?  

Satu lagi kegusaran saya, ‘adakah The Red Bean Army’ kini telah bertukar kepada ‘The Black Army’ yang mula berkeliaran sejak 6hb Mei 2013?  Kalau ia bertukar kepada Red Bean & Rice Meal boleh tahan juga. 
Pada hemat saya pasukan keselamatan wajar membuat siasatan penuh terhadap ‘The Red Bean Army’ dan juga ‘The Black Army’ sebelum ianya terkeluar dari kawalan.  Sebenarnya perkataan ‘Army’ itu sudah melambangkan ‘keganasan’ yang menggerunkan orang awam.

No comments:

Post a Comment