Thursday, May 9, 2013

PAS Pulau Pinang Tidak Ada Wakil EXCO



PAS Pulau Pinang tidak diberi tempat dalam Barisan EXCO Pulau Pinang kerana hanya mendapat satu kerusi DUN Permatang Pasir melalui YB Mohd. Salleh Man.

 DAP dan PKR yang memenangi 29 kerusi tidak mempunyai belas kepada PAS.  PKR yang khabarnya menang melalui sokongan padu PAS begitu sombong dengan PAS dan tidak mahu berkompromi walaupun satu kerusi EXCO. 

DAP memang tidak pandang langsung PAS dari dulu hingga sekarang, sekadar mengadakan sambutan Harijadi  YB Nik Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama PAS.  Sebaliknya pemi mpin dan penyokong PAS begitu kuat menyokong dan mempertahankan YAB Lim Guan Eng.

Akhirnya PAS  di Pulau Pinang adalah ibarat ‘melukut ditepi gantang’, tertindas dan berputih mata.  Ringkasnya ROKET TIDAK MAHU SINGGAH  DI BULAN.

1 comment: