Sunday, May 12, 2013

Hari ini 13hb Mei 2013.




Hari ini 13hb Mei 2013.  Beberapa sahabat sejak dua hari lepas memaklum bahawa terdapat peningkatan dakyah di ‘cyber space’ bahawa ‘peristiwa hitam 13hb Mei 1969 adalah didalangi oleh UMNO bagi menjatuhkan YAB Tengku Abdul Rahman  Putra Al-Haj’ .  Dakyah ini mesti dihentikan.

Pada saya sesiapa sahaja yang mempercayai  kenyataan tersebut adalah kerana mereka telah termakan racun DAP dan mereka akan mengalami kesakitan berterusan sekiranya tidak mendapat rawatan sehingga sembuh.

Saya masih ingat peristiwa 13hb Mei 1969 itu sebagai peristiwa pahit yang menumpahkan darah.  Saya melihat darah yang tertumpah.  Saya juga minum air doa dari kolah dan mengalami peristiwa berlari ke dalam parit kerana melarikan diri dari kereta perisai askar yang menguatkuasakan ‘perintah berkurung’.  

Peristiwa tersebut memang menggegarkan negara kerana DAP benar-benar mahu mengambil kuasa selepas pilihanraya Mei 1969.  Dari awal kempen lagi mereka bersungguh-sungguh mempengaruhi pengundi Cina dan Melayu untuk menyokong mereka.  Ugutan terhadap pekerja Melayu yang tidak mengundi DAP tidak akan ada kerja selepas pilihahraya memang berlaku.  Ugutan terhadap penoreh getah tidak akan dapat menjual getah kepada taukeh-taukeh getah juga berlaku.

PAS juga tidak menafikan memang membuat persefahaman sulit dengan DAP untuk menumbangkan UMNO-Perikatan (dulu lambang kapal layar) dengan berkempen untuk Melayu undi PAS dan DAP.  Inilah juga yang dilakukan oleh PAS pada PRU-13 tetapi kali ini ianya dilakukan secara terang dan bersepakat.

Sejarah menunjukkan bahawa selepas menang besar di Pulau Pinang dan hampir-hampir memenangi Selangor (masa itu Kuala Lumpur masih lagi dalam Selangor) serta beberapa bandar besar seperti Batu Pahat dan Johor Bahru, DAP telah mengadakan perarakan sambutan besar-besaran.  Di Kuala Lumpur perarakan DAP itu disertai dengan kejian terhadap orang Melayu dengan penyapu besar dan menunjukkan kemaluan kepada orang Melayu.  Mereka juga halau orang Melayu daripada Kuala Lumpur.  Begitu juga dengan peristiwa di panggung wayang dan lainnya.  Saya juga berpeluang bercerita dengan ramai orang yang menjadi saksi 13hb Mei 1969 dan boleh menulis buku membuka cerita-cerita menyayat hati sekiranya perlu. 
 
Tindakan orang  Melayu berkumpul di Kampung Baru adalah untuk berbincang dan mempertahankan diri dari ancaman DAP.  Peristiwa 13hb Mei 1969 yang berlaku merugikan orang Melayu dan Cina serta hampir memusnahkan negara. Itupun telah ditahan dan dihalang oleh pihak Polis demi menjaga ketenteraman awam. 
 
Saya juga berpeluang meneliti penyelidikan ilmiah dan sedikit sebanyak berpeluang bersama melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang menjadi instrumen mengembalikan keharmonian serta kemakmuran negara.   

Saya tidak mahu peristiwa 13hb Mei 1969 berulang.  Ini kerana Malaysia yang sedang membangun ini akan hancur sekira keganasan dan permusuhan berlaku.  Lihatlah peristiwa Lahat Datu yang baru sahaja kita alami.  Kekuatan Polis dan Tentera kita kena gerakkan untuk menangani masalah tersebut.  Seluruh dunia memerhati Malaysia dan ramai menohmah kita ‘keterlaluan dalam menangani serangan tersebut’.  Mengapa mereka boleh mengambil persepsi tersebut.  Ini kerana ada diantara rakyat kita yang mengecap dan memperkecilkan usaha kerajaan menegakkan keamanan.  Saya sendiri tertanya-tanya, ‘adakah mereka mahu peristiwa Lahat Datu itu lebih besar dan berlarutan?’. 

Seruan saya kepada para pemimpin DAP-PKR-PAS, terimalah keputusan PRU-13.  Janganlah diapi-apikan semangat para  penyokong untuk membantah dan membawa bantahan ke jalanan.  Terus terang ramainyanya bilangan orang memakai serba hitam berjalan di Kuala Lumpur pada hari Sabtu lepas menakutkan dan sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan saya.  

Keamanan negara mesti kita pertahankan.  Ekonomi negara ini mesti terus dikembangkan.  Orang Melayu mesti dipertingkatkan jatidiri, ilmu Islam, ilmu teknologi dan inovasi serta kepakaran untuk mereka boleh bersaing dalam membangunkan negara bersama dengan semua penduduk Malaysia lainnya.  Marilah kita maju kehadapan, bukan  kebelakang.

No comments:

Post a Comment