Saturday, January 22, 2011

Sah Ada Pertandingan Di Tenang

Pagi tadi DUN TENANG mengumpulkan ribuan penyokong-penyokong UMNO – BN dan PAS-PKR-DAP yang memberikan sokongan kepada calon masing-masing. Azhar dan Normala akan bertanding. InsyaAllah Azhar – BN akan menang dan pemimpin muda UMNO-BN tersebut akan meneruskan tradisi pemimpin membuat jasa berkhidmat kepada rakyat.

Berbalik kepada perarakan mengiringi calon pagi tadi, memang ribuan penyokong UMNO dari seluruh negara ada disana. Alhamdulillah dalam berarak dapat juga terjumpa rakan-rakan lama yang dulunya muda tetapi sekarang sudah mengaku tua. Orang kampung yang bakar gambar Suhaimi Kota Raja yang 'menderhaka' masa demo tidak lama dulu pun ada satu bas.

Para penyokong PAS-DAP-PKR beribu juga tetapi nampak hambar sahaja. Cuma yang agak ‘mengejutkan’ adalah beberapa kumpulan Melayu yang dengan bangganya berpakaian dengan logo DAP dan mengibar bendera DAP. Mereka tak pula pakai logo PAS. Kumpulan PAS yang pakai logo PAS , DAP dan PKR tu biasalah. Kumpulan PKR macam tak ramai je...malu kot mereka hendak mengaku PKR.

Dari sudut politik normal nampaknya peluang BN untuk mengekalkan kemenangan dengan majoriti lebih tinggi adalah sangat baik.

Namun ada rakan-rakan yang menggunakan ‘ayat ekonomi’ dengan mencadangkan supaya untuk pilihanraya kecil dan pilihanraya umum calon-calon yang hendak bertanding didaftarkan melalui ‘permohonan online’ dan pengesahan pencalonan dibuat dipejabat SPR disaksikan oleh beberapa wakil calon dari parti-parti yang bertanding. Kos proses ini amat murah dan ekonomik serta menjimatkan masa semua orang. Bila kempen baru turun ramai-ramai berkempen sehingga hari mengundi. Nak jimat kos, beb...

Apapun kepada pengundi TENANG, selamat berkempen dan mengundi...