Saturday, August 10, 2013

YB. Datuk Zahidi Zainul Abidin Menawar Diri Sebagai Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO





YB. Datuk Zahidi Zainul Abidin Menawar Diri Sebagai Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Assallammualaikum.

Dalam pertemuan dengan http://ayatpolitik.blogspot.com beberapa hari menjelang Syawal, dengan rendah diri dan keikhlasan serta penuh tanggungjawab YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen Padang Besar menyatakan beliau telah bersedia menawarkan diri sebagai Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan kepimpinan UMNO yang akan datang ini.

Beliau berjanji untuk berjuang terus memimpin membantu jaya UMNO, ummah Malaysia dan antarabangsa, khususnya dari sudut pembangunan dakwah Islamiyah, ekonomi dan kekuatan umat Melayu-Islam nusantara dan dunia.   Ini termasuk menjaga dan terus membangunkan Malaysia sebagai negara membangun dan berperanan dalam peringkat global.

Sehubungan dengan itu beliau memohon sokongan semua ahli UMNO, kepimpinan UMNO Bahagian dan Cawangan dan khususnya Perwakilan UMNO di seluruh negara untuk memilih beliau sebagai MT UMNO.

Sekian, terima kasih.



BIODATA YB. DATUK ZAHIDI ZAINUL ABIDIN

Tarikh Lahir :
9 JANUARI 1961

Alamat :
NO. 17, TMN. BESERI MURNI,
JLN. BESERI MURNI,
BESERI,
02400 KANGAR, PERLIS.

H/P : 012-210 0479
E-mail:
zahidi.zainul@gmail.com


AHLI PARLIMEN PADANG BESAR

Memenangi PRU-13 dengan majoriti yang bertambah hampir 200% berbanding majoriti diperolehi BN pada PRU-12.  Atas kepimpinannya dan sokongan Presiden Parti YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak semua Calon BN (termasuk dari MCA) telah memenangi setiap kerusi DUN yang ditandingi.

Ø  Bersikap berani dalam mempertahankan kebenaran dalam perjuangan Islam, UMNO dan BN serta kedaulatan negara.

Ø  Berkhidmat kepada rakyat dengan mesra dan efektif menyelesai pelbagai isu serta keperluan rakyat dalam kawasannya dan umum dengan kapasiti dan kemampuan serta jaringan pelbagai agensi kerajaan serta NGO seadanya.

Ø  Aktif dalam menggerakkan sokongan terhadap UMNO dikalangan semua lapisan umur, peringkat pendidikan dan golongan rakyat.

Ø  Aktif menyuarakan isu rakyat di Parlimen dan dalam UMNO.

Ø  Pemimpin gerakan NGO Islam yang berperanan penting di Malaysia dan rantau ASEAN serta sedikit sebanyak di persada dunia.


- KETUA BAHAGIAN UMNO PADANG BESAR

-Terlibat sebagai pemimpin dalam kepimpinan UMNO dari peringkat akar umbi Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan, Bahagian dan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

PENGALAMAN POLITIK : -

- EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA 2001-2004
- KETUA PEMUDA UMNO PERLIS 1998-2001
- NAIB KETUA PEMUDA PERLIS 1994-1998
- KETUA PEMUDA UMNO PADANG BESAR 1994-2001
- NAIB KETUA PEMUDA BAHAGIAN KANGAR 1993
- BIRO PENDIDIKAN
PERGERAKAN PEMUDA UMNO
MALAYSIA 1991-1998
- BIRO DAKWAH
PEMUDA UMNO MALAYSIA 1991-1993
- BIRO ANTARABANGSA
UMNO MALAYSIA 1998
- AHLI MAJLIS ANTARABANGSA
PEMUDA UMNO MALAYSIA 1998
- AHLI MAJLIS LATIHAN DAN
MAHASISWA PERGERAKAN
PEMUDA UMNO MALAYSIA 1998


-Terlibat sebagai pemimpin dan kepimpinan Belia dan NGO negara.

PENGERUSI  INSTITUT KERJASAMA ISLAM MALAYSIA  2004- SEKARANG

PENGERUSI - Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN


PERNAH MENJADI SETIAUSAHA POLITIK MENTERI KEWANGAN II