Thursday, May 9, 2013

PAS Tidak Layak Diberi Jawatan Menteri Besar Selangor




Beberapa orang bertanya adakah BN Selangor akan dapat bersuara di Persidangan Dewan Undangan Negeri (Persidangan DUN) apabila hanya dua belas (12) orang  wakil sahaja daripada jumlah 56+1 (Speaker Dewan).  Saya beritahu mereka saya akan ulas kemudian setelah Menteri Besar Selangor mengangkat sumpah memegang jawatan.

Saya difahamkan  PAS Selangor  yang seri mendapat lima belas (15) kerusi dengan DAP kini sangat tertekan dan rasa dipinggirkan oleh DAP apabila DAP mencadangkan dan menyokong jawatan Menteri Besar Selangor diberikan kepada PKR.  Yang Dipertua PAS Selangor YB Dr. Abd. Rani Bin Osman telah menawar diri untuk menjawat jawatan Menteri Besar tetapi  nampak sungguh kecewa dan kesal dengan permainan kotor DAP dan PKR.

Gabungan DAP dan PKR telah menidakkan hak PAS.  Ini bukan kali pertama tetapi seperti peristiwa lama berulang kembali bilamana YAB Khalid Ibrahim telah memegang jawatan portfolio EXCO Agama Islam selepas pemecatan Datuk Hasan Ali.  DAP dan PKR memang tidak menghormati  kepentingan PAS.  

Sewajarnya PAS diberi peluang untuk kerusi Menteri Besar Selangor.  PKR sepatutnya meny okong PAS dalam perkara ini.  Ketidakpercayaan  PKR terhadap PAS memang jelas.  PAS tidak ada pilihan terpaksa menerima YB Khalid Ibrahim ataupun YB Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor dalam seminggu ini.

Kepada penyokong akar umbi PAS, anda tanggunglah apa jua yang PKR dan DAP buat seperti membiarkan tumbuhnya ribuan rumah urut yang memberi khidmat lebih daripada berurut serta mengecilkan operasi KUIS yang matlamat asalnya ditubuhkan oleh Kerajaan Selangor pimpinan BN sebagai pusat pendidikan tinggi jurusan agama Islam untuk anak-anak Selangor dan anak-anak umat Islam dari seluruh dunia.  Sekiranya tidak diperbetulkan cepat ada kemungkinan KUIS akan ditutup dalam dua tahun lagi.   Skandal penjualan tanah-tanah Yayasan Selangor juga perlu PAS jawab.

Ini belum termasuk terabainya peruntukan untuk membaikpulih dan membina sekolah rendah agama Islam di seluruh Selangor.  Peruntukan membina masjid dan surau baharu macam sudah tidak ada.  

Akhirnya PAS  di Selangor adalah ibarat ‘melukut ditepi gantang’, tertindas dan berputih mata.

No comments:

Post a Comment