Sangat dukacita dengan strategi Anwar Ibrahim, Lim Kit
Siang dan Hadi Awang mengapi-apikan pengikut mereka untuk melakukan pelbagai
gangguan dan provokasi awam di beberapa lokasi di seluruh negara. Pagi-pagi lagi
kawan-kawan bertanya ke pejabat ke tidak?
‘Risau juga sebab malam tadi kecoh di PJ’ kata mereka.
Semua pihak faham tujuan pemimpin-pemimpin PKR-DAP-PAS yang
telah gagal memenangi PRU-13 itu adalah untuk memporak-porandakan negara ini
supaya mereka boleh meminta campurtangan asing sepertimana di Timur Tengah dan
Afrika.
Mereka sewajarnya menjadi jantan yang mengakui bahawa
keputusan PRU-13 adalah UMNO 133, DAP 38, PKR 30 dan PAS 21. Mereka berjaya di Pulau Pinang, Selangor dan
Kelantan.
Campurtangan pemuda dan pemudi Singapura dalam kempen meraikan kemenangan memang sangat menaikkan
darah rakyat Malaysia. Mereka tidak ada
hak untuk campurtangan! Adakah mereka
itu alat yang digunakan untuk mencetus peluang bagi campurangan asing? Jangan bermain dengan api kerana ia boleh
membakar diri.
Seluruh rakyat Malaysia yang waras menggesa perhimpunan
dan aktiviti-aktiviti protes jalanan dan di pusat awam yang boleh menjejaskan
keharmonian dan keamanan negara. Jangan
bakar dan musnahkan negara ini kerana cita-cita yang tidak tercapai di PRU-13.
No comments:
Post a Comment