Saturday, May 25, 2013

Jangan Musnahkan UMNO




BN Jadi Parti Tunggal

Mutakhir ini cadangan penggabungan Barisan Nasional (BN) menjadi parti tunggal oleh beberapa pemimpin gabungan BN pada hemat saya adalah sangat tergesa-gesa dan tidak tepat masanya. 

Saya yakin kegagalan BN menguasai kerusi 2/3 Parlimen dalam PRU-13 sebenarnya bukan sebab parti BN itu sendiri.  Sehubungan dengan itu parti BN bukan masalahnya.  Jangan kita silap mengenal penyakit dan silap memberi ubat yang akibatnya membawa kemusnahan,

Marilah kita akui bahawa dalam PRU-13, Pakatan Rakyat telah berjaya menyebarkan dan memperolehi sokongan kerana  mesej dan perancangan mereka kepada rakyat ada yang mempunyai merit dalam pandangan rakyat.  Helah, dakyak dan Manifesto mereka telah memikat ramai rakyat.

BN sebenarnya tidak serius belajar dari peristiwa PRU-12 tahun 2008.  Beberapa isu besar tidak dapat diselesaikan dan memuaskan hati rakyat.  Antara isu-isu tersebut adalah:-

Ø  Melayu resah gelisah kerana ‘keistimewaan mereka sebagai Melayu’ telah diabaikan oleh UMNO dan Kerajaan.  

Ø  Melayu hari ini mahukan pemerintah meningkatkan lagi program-program dan polisi berkaitan pembangunan syariah Islamiah. UMNO/Kerajaan gagal menonjolkan tokoh agama yang dapat menawan hati rakyat. Alhamdulillah, di saat-saat akhir ada golongan ulama yang berani bersuara menyokong UMNO.

Ø  UMNO/Kerajaan ataupun pegawai masih teragak-agak dalam menyelesaikan isu sekolah bantuan kepada sekolah pondok (Sekolah Agama Rakyat) di seluruh negara.  Beberapa kriteria menghalang sekolah-sekolah pondok tersebut dari mendapat bantuan Kerajaan.

Ø  UMNO/Kerajaan gagal mendapat sokongan penuh kakitangan Kerajaan sendiri.

Ø  UMNO/Kerajaan kehilangan kuasa pada GLC dimana GLC tidak lagi serius membangun ekonomi Melayu.  Perkara ini mesti diselesaikan segera.  

Ø  Ramai calon-calon DAP-PKR-PAS adalah bekas pegawai GLC.  Ini benar-benar mengecewakan.

Ø  UMNO/Kerajaan dilihat gagal dalam mengurus pendidikan anak-anak Melayu dari segi kualiti sekolah kebangsaan dan institusi pengajian tinggi.  Bayangkan majoriti pendidik tidak menyokong kerajaan.

Ø  Kerajaan dilihat gagal dalam isu PTPTN. Berjuta pengundi muda tidak memberi undi kepada kerajaan kerana isu PTPTN.

Ø  Pemansukan Kementerian Pembangunan Usahawan membantutkan proses pembangunan ekonomi Melayu.  Para usahawan Melayu kebingungan dan ramai kecewa dengan UMNO/BN.

Ø  Para pemimpin UMNO/BN dilihat begitu bermewah-mewah.  Anak-anak mereka juga begitu menunjuk-nunjuk kemewahan mereka sehingga rakyat muak untuk menyebut nama-nama mereka.

Ø  Pemimpin UMNO/BN tidak lagi berpolitik memberi khidmat menemui rakyat.  Contohnya, berapa ramai pemimpin UMNO/BN yang rutin minum di gerai bersama rakyat.  Mereka sibuk dihotel dan gagal memahami keperluan rakyat.  

Ø  Sebagai tunggak kerajaan, UMNO/BN dilihat tidak dapat mengemukakan calon-calon berwibawa. Malahan ada calon-calon yang dianggap bermasalah tetap dicalonkan. Ini masalah besar polisi dan praktis dalam UMNO/BN sendiri.

Ø  Perkembangan peluang pekerjaan yang kurang memberangsangkan membuatkan ramai anak-anak muda tidak memilih UMNO/BN.

Ø  Kenaikan harga barang dan isu GST juga menjadi isu besar kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Ø  Beberapa polisi Kerajaan yang meresahkan rakyat gagal diselesai oleh UMNO/Kerajaan.

Ringkasnya, UMNO sebagai tunggak BN sebenarnya masih lagi diberi kepercayaan oleh majoriti Melayu.  Kita mesti menyelesaikan hal UMNO dan membina kekuatan dari UMNO supaya BN dapat dikuatkan.  Para memimpin UMNO/BN mesti mendekati rakyat, makan tengahari dengan rakyat dan solat berjemaah di masjid dan surau.  

Natijahnya, UMNO mesti agresif membawa tokoh-tokoh, pemimpin tempatan dan cendiakawan yang berjiwa rakyat dalam kepimpinan UMNO.

 

No comments:

Post a Comment