Alhamdulillah dan tahniah
kepada YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana petang tadi telah mengumumkan
Kabinet Malaysia yang dipilihnya untuk menerajui pelbagai Kementerian untuk
lima tahun lagi sehingga tahun 2018.
Pada hemat saya secara
umumnya beliau telah membentuk sebuah pasukan yang boleh memikul tanggungjawab
membantu beliau mentadbir negara.
Saya amati kembali kriteria yang mungkin
digunakan oleh beliau dalam membuat pilihan pasukan Kabinet yang mampan dan dinamik
serta berwawasan.
Ulasan saya adalah seperti
berikut:-
Ø Kementerian-kementerian yang ditubuhkan menepati
keperluan pembangunan negara kita. Menepati.
Ø Kepakaran sesuai untuk kementerian yang akan diterajui
oleh Calon-Calon. Majoritinya mereka ada kepakaran yang diperlu.
Ø Calon-Calon pula mestilah dinamik, berwawasan dan
berpotensi mengukuh kedudukan politik BN, khususnya UMNO di peringkat akar umbi. Ada
fokus untuk negeri BN menang. Negeri BN
kalah nampaknya kurang perhatian.
Ø Mengambil kira sumbangan dari Semenanjung, Sabah dan
Sarawak. Rasanya bilangan dari Sarawak agak lebih dari dijangkakan.
Ø Mengambilkira
sumbangan negeri-negeri di Semenanjung. Contohnya mengekalkan semua kerusi
Parlimen. Itu satu pencapaian cemerlang dan
patut mendapat Menteri dan juga Timbalan Menteri. Kedah juga begitu. Menteri dari Johor tentunya dikurangkan. Selangor dan Kelantan juga mesti ada Menteri
dan Timbalan Menteri. Selangor dan Penang hanya dapat Timbalan
Menteri. Perlis pula mendapat seorang Menteri dari Parlimen yang sama dengan
Menteri Besar Perlis.
Ø Mengambil kira sumbangan MIC dan parti-parti komponen
India. Macam terlebih.
Ø Mengambil kira peranan MCA dan Gerakan walaupun
pengundi Cina meninggalkan mereka. Ada reserve untuk Menteri dari MCA. Langkah yang sangat baik berlandaskan
semangat setiakawan.
Ø Sumbangan Wanita dan Pemuda juga mesti dihargai. Pemuda lebih
beruntung. Wanita masih kurang. Wakil Wanita UMNO tidak ada Menteri. Perkara ini perlu diberi perhatian.
Ø
Rasanya tidak perlu lantik Senator untuk jadikan
mereka Menteri kecuali memang sudah tidak ada pilihan, contohnya wakil NGO
ataupun Profesional bagi masyarakat Cina sekiranya MCA menolak sebarang
lantikan. Ada lantikan Senator.
Begitulah sukarnya untuk membuat pilihan tepat pasukan
Kabinet. Moga-moga YAB Dato’ Seri Mohd
Najib diberi taufik dan hidayah untuk memimpin negara bersama dengan Kabinet
pilihannya demi keamanan dan kesejahteraan rakyat.
No comments:
Post a Comment