Thursday, February 26, 2015

Mencuit Pandangan A. Kadir Jasin

Assallammualaikum dan Selamat Petang.

Pandangan Kadir Jasin adalah pandangan campuran fakta ekonomi dan penonjolan kejengkelan terhadap kepimpinan Kerajaan dan Kerajaan masa kini.  Saya ingin bertanya, kerajaan mana yang memperincikan kelemahan ekonominya di media massa? 

Adalah menjadi tanggungjawab kita mencari dan mengenal maklumat yang tepat dalam membuat keputusan dalam menjalani penghidupan.  Kepimpinan Kerajaan tentunya cuba mencari jalan tengah dalam mencerna ekonomi negara ini. 

Hakikatnya, Alhamdulillah ekonomi Malaysia masih lebih baik prestasinya dari ekonomi USA, ekonomi beberapa negara Eropah dan negara-negara lain yang beberapa pihak agung-agungkan. 

Boleh untuk kita marah-marah kepada pelbagai pihak.  Namun lebih baik juga kita lihat dalam diri kita sendiri untuk keluar dari permasalah ekonomi sekarang ini.

Secara lazimnya, setiap dari kita mesti berusaha lebih kuat dan lebih bijaksana untuk menjana sumber ekonomi baharu atau sumber pendapatan baharu bagi mengimbangi apa yang kita hilang akibat 'turunnya harga getah, sawit dan eksport umumnya'.

Contohnya, pada saat inilah kita memikirkan 'tanaman apakah yang boleh ditanam bersama di kebun getah kita?'.  Mungkin pokok gaharu satu tanaman yang bagus supaya dalam masa lima tahun lagi boleh mengeluarkan hasil.  Mungkin tanaman keledek boleh menjana pendapatan bagi enam bulan kehadapan.  Mungkin kita boleh buat kraftangan dari bahagian-bahagian pokok getah dan daunnya. 

Mungkin juga boleh kita tanam pokok-pokok  herba yang boleh hidup dibawah rimbunan pokok getah dan sawit.  Nilai pokok herba kita semakin meningkat sehinggakan boleh dibuat produk farmausetical untuk eksport.

Mungkin para Profesor dan bijak pandai boleh eksport kepakaran ke luar negara.  Contohnya syarikat-syarikat Arkitek kita boleh memberi khidmat projek-projek di luar negara.  Saya difaham ada beberap  syarikat 'drafting & technical' telah dipercayai memberi khidmat oleh syarikat-syarikat Jerman dan USA.  

Kepakaran IT kita juga semakin meningkat sehingga mungkin boleh menjana pendapatan RM10 billion dalam masa dua tahun lagi.  Ada syarikat IT Malaysia yang nilainya kini lebih RM1 billion.   InsyaAllah kalau kita kerja kuat dalam masa lima tahun lagi kita akan ada syarikat IT bernilai berpuluh billion. 

Industri bioteknologi kita juga ada peningkatan besar bernilai berbilion ringgit.  Kita mesti ambil peluang ini.  Jangan gelak, kerjasama dengan negara Cuba juga mempunyai potensi baik kepad para usahawan Malaysia. Saya difaham industri 'khidmat perubatan Malaysia' adalah antara yang terbaik di dunia.

Begitu juga dengan industri penyelenggaraan kapal terbang dan kejuruteraan tinggi yang kini bernilai berbilion ringgit.

Begitu juga dengan industri perbankan, 'Malaysian bankers and syariah based bankers' boleh bekerja di mana-mana sahaja di dunia ini.  Negara-negara Timur Tengah dan benua Rusia dan juga USA juga mengalu-alukan kita.

Begitu juga juga dengan industi minyak 'O&G', jurutera minyak Malaysia adalah bertaraf dunia.  Hari ini ratusan jurutera minyak Malaysia menaiki pesawat bertugas di seluruh dunia.

Industri inovasi kita masih muda namun saya yakin dengan sedikit motivasi dan tekanan Inovator Malaysia boleh menghasil pelbagai inovasi bernilai tinggi.

Hampir lupa, perniagaan atas talian (on-line businesses) membuka dimensi baharu pelaung penjanaan pendapatan dan ekonomi baharu.  Tak percaya tanya kepada anak-anak kita.  Mereka boleh jual T-Shirt terpakai yang berbau peluh melalui internet dan ada pembeli.  Teroboslah dunia internet ini.  Khidmat internet Malaysia bolehlah dikatakan bagus juga.  Pastikan kita dan keluarga adalah 'intenet business savvy'.

Apa yang saya cuba sampaikan adalah kita melihat kepada keupayaan masing-masing (setiap individu/modal insan) melahirkan 'peluang ekonomi bernilai tinggi' (high value economic opportunities).  Ini sangat penting supaya kita berusaha lebih.

Seperti yang dibuat oleh Rasulullah SAW, mungkin berhijrah ke negara lain merupakan satu pilihan bagus untuk meningkatkan nilai ekonomi keluarga.  Seperti naik kereta ke Kelantan, hampir separuh negara-negara di dunia boleh kita pergi di bawah masa 8 jam.  Ramai profesional kita yang telah berhijrah dan berjaya membina ekonomi serta menyumbang kembali kepada keluarga di Malaysia.

Satu lagi aspek yang saya lihat sangat berpotensi membina perniagaan sosial (social entrepreneurship) adalah pengumpulan modal melalui WAQAF.  Jutawan dan hartawan kita wajar digalakkan berWAQAF bagi membangun perniagaan strategik.  Contohnya, pembinaan rumah sembelihan HALAL yang kesannya boleh membentuk rangkaian perniagaan ayam dan ternakan lainyang lebih suci dan saksama.

Jangan juga kita pinggirkan ajaran dan saranan Rasulullah SAW untuk kita solat malam, solat DHUHA dan juga membaca surah WAQIAH setiap hari untuk menghindari kemiskinan.  Saya yakin sekira setiap umat Islam di Malaysia membaca sekali sehari surah WAQIAH doa dan janji Rasulullah SAW akan termakbul dan umat Islam Malaysia akan maju ekonominya dan teguh iman mereka serta ada rasa syukur dalam jiwa dan penghidupan.

Kita doa-mendoakanlah antara kita mudah-mudahan Allah beri kita semua kemudahan dalam setiap pekerjaan, ditunai hajat & cita-cita, murah rezeki & kekayaan halal, kesejahteraan dan kejayaan di dunia dan di akhirat serta dipelihara kita dari api neraka.


Ampun maaf saya pohon, yang benar dan baik dari Allah SWT dan kesilapan adalah kelemahan saya sendiri.