Tuesday, May 7, 2013

NAJIB AKAN MEMBENTUK KABINET YANG MANTAP




Alhamdulillah YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak,  telah diberi mandat oleh rakyat pada 5hb Mei 2013 yang lepas untuk terus memimpin negara sebagai Perdana Menteri.  Para pemimpin dunia seperti Obama dan lainnya juga telah mengiktiraf kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam PRU-13 itu.

Dari sektor ekonomi dan kewangan pula, saham Bursa Saham Malaysia melonjak tinggi dan laporan potensi industri hartanah juga positif.  Suasana positif perniagaan ini menjadikan Malaysia sebagai negara komersil yang mempunyai potensi sebagai pemain dunia perniagaan yang berkembang dan lestari.  Usaha menjana sumber ekonomi baharu melalui inovasi juga semakin berjaya dan setiap hari kita boleh melihat kejayaan para inovator dan usahawan industri baharu negara menerobos pasaran antarabangsa.   Syarikat-syarikat korporat Malaysia yang beroperasi di luar negara juga terus berkembang.

Ringkasnya kestabilan politik, ekonomi dan keamanan negara umumnya adalah kukuh serta terpelihara baik.  Sehubungan dengan itu janganlah ada usaha-usaha untuk menimbulkan kekecohan dan perspektif negative terhadap negara yang kita cintai ini.  Ketegasan pasukan keselamatan polis dan tentera serta lainnya dalam memelihara keamanan negara sangat dihargai oleh rakyat.

Berbalik kepada politik, Dato’ Seri Mohd Najib tentunya sedang membentuk pasukan kabinet yang mantap dan progresif dengan mengambilkira pola keputusan PRU-13 yang mana BN memenangi  kawasan Parlimen sebanyak 133, DAP 28, PKR 31 dan PAS 23 daripada 222 keseluruhan kerusi.  Pada hemat saya kabinet yang dibentuk akan dianggotai oleh YB-YB BN daripada semua negeri-negeri di Perlis ke Johor di Semenanjung, Sabah  dan Sarawak yang boleh menjalankan tugas-tugas khusus dalam kementerian masing-masing nanti.  Kemungkinan ada beberapa menteri dalam pentadbiran lepas dikekalkan dan tentunya aka ada muka-muka baharu yang ditonjolkan bagi mengisi jawatan sebagai menteri ataupun timbalan menteri.

Siapakah nama-nama mereka  sebagai ahli kabinet , biarlah kita serahkan kepada YAB Dato’ Seri Perdana Menteri membuat pilihan.  Saya sendiri kalau mengikut hati memang mahu mencadangkan beberapa nama yang berpotensi. 

Namun, YAB Datul Seri Perdana Menteri telah membuat pilihan melantik Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri seperti berikut:-
               
Perlis:                                    YAB Azlan Man
Kedah:                                  YAB Datuk Mukhriz Tun Mahathir
Perak:                                   YAB Dr. Zambry Abdul Kadir
Negeri Sembilan:                   YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Melaka:                                YAB Datuk Idris Haron
Sabah:                                  YAB Datuk Seri Musa Aman

Marilah kita berdiri teguh menyokong YAB Dato’ Seri Mohd Najib dalam usaha beliau membentuk kabinet mantap dan pentadbiran yang lebih cemerlang lagi walaupun menghadapi kekurangan sokongan dari para pengundi Bandar yang rata-rata adalah majoriti pengundi Cina. In syaa ALLAH usaha beliau dan kita semua mendapat bimbingan dan rahmat kebaikan serta kejayaan dunia dan akhirat daripada Allah SWT. 

No comments:

Post a Comment