Monday, May 6, 2013

NAJIB ANGKAT SUMPAH SEBAGAI PERDANA MENTERI



NAJIB ANGKAT SUMPAH SEBAGAI PERDANA MENTERI


Tarikh 5hb Mei 2013 sangat bermakna kepada Barisan Nasional (BN) kerana berjaya mendapatkan kembali mandat rakyat untuk memimpin Malaysia.  Keputusan PRU-13 bagi kawasan Parlimen menunjukkan BN memenangi 133 kerusi, DAP 38   kerusi,  PKR 30   kerusi dan PAS 21   kerusi daripada jumlah 222 keseluruhannya.

Pada 6hb Mei 2013 pula, Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara pada 4.07 petang. 

Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah telah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai Perdana Menteri.

Proses seterusnya adalah untuk Datuk Seri Najib Tun Razak memilih barisan Kabinet Persekutuan untuk membantu beliau memimpin negara..

Harapan kita adalah supaya beliau melantik ahli-ahli Kabinet yang benar-benar boleh bekerja dan memberikan khidmat terbaik dengan portfolio masing-masing.  Ini bagi memastikan perlaksanaan Akujanji yang wajar dilaksanakan.

Saya yakin seluruh penyokong BN, khususnya ahli-ahli UMNO mahukan beliau memberi tumpuan khusus kepada keperluan penyokong disamping tugasnya sebagai Perdana Menteri untuk semua.

Isu BN tidak mendapat sokongan pengundi Cina biarlah ditangani secara jangka panjang. Janganlah kita melatah kerana kita mesti mencari penyelesaian yang memberi kelebihan kepada BN untuk PRU-14 nanti, bukan penyelesaian jangka pendek akal.

No comments:

Post a Comment