Tentunya pada saat-saat
ini beliau sedang memikirkan dan menyenarai
pendek pasukan Kabinetnya yang akan diumumkan minggu hadapan. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyelami
apakah kriteria yang mungkin digunakan oleh beliau dalam membuat pilihan
pasukan cabinet yang mampan dan dinamik serta berwawasa.
Antara yang boleh
dijadikan ukuran dalam memilih Menteri dan Timbalan Menteri adalah:-
Ø Kementerian-kementerian yang akan ditubuhkan menepati
keperluan pembangunan negara kita.
Ø Kepakaran sesuai untuk kementerian yang akan diterajui
oleh Calon-Calon.
Ø Calon-Calon pula mestilah dinamik, berwawasan dan
berpotensi mengukuh kedudukan politik BN, khususnya UMNO di peringkat akar umbi.
Ø Mengambil kira sumbangan dari Semenanjung, Sabah dan
Sarawak.
Ø Di Semenanjung pula mengambilkira pula sumbangan dari
Perlis ke Johor. Perlis contohnya mengekalkan semua kerusi Parlimen. Itu satu pencapaian cemerlang dan patut
mendapat Menteri dan juga Timbalan Menteri.
Kedah juga begitu. Menteri dari
Johor tentunya dikurangkan. Selangor dan
Kelantan juga mesti ada Menteri dan Timbalan Menteri.
Ø Mengambil kira sumbangan MIC dan parti-parti komponen
India.
Ø Mengambil kira peranan MCA dan Gerakan walaupun
pengundi Cina meninggalkan mereka.
Ø Sumbangan Wanita dan Pemuda juga mesti dihargai.
Ø
Rasanya tidak perlu lantik Senator untuk jadikan
mereka Menteri kecuali memang sudah tidak ada pilihan, contohnya wakil NGO
ataupun Profesional bagi masyarakat Cina sekiranya MCA menolak sebarang
lantikan.
Begitulah sukarnya untuk membuat pilihan tepat pasukan
Kabinet. Moga-moga YAB Dato’ Seri Mohd
Najib diberi taufik dan hidayah untuk membuat pilihan yang terbaik.
No comments:
Post a Comment