Sunday, May 5, 2013

BN Selangor Menyusun Langkah Mulai Hari Ini





Tahniah kepada semua YB-YB Barisan Nasional (BN) Parlimen dan DUN yang menang di Selangor.  Anda semua bertanggung jawab mengibarkan panji-panji BN di Selangor walau bagaimana sukar sekali.

Tahniah juga kepada YB-YB DAP-PKR-PAS yang menang di Selangor.

Keputusan pilihan rakyat pengundi Selangor telah tercatat.  BN hanya memenangi liama (5) kawasan Parlimen Selangor dari jumlah 22 keseluruhan.  Ini hanya 22.7% dan bolehlah dikatakan gagal teruk. 
Bagi kawasan DUN pula, BN hanya berjaya memenangi  dua belas (12) daripada lima puluh enam (56) kerusi ataupun  dua puluh satu (21%) sahaja.  Secara statistik, pencapaian kawasan Parlimen lebih baik dari kawasan DUN. 
 
Secara kasarnya, pengundi Cina menolak BN.  Jamuan dan makan malam yang dianjurkan oleh MCA-BN yang dihadiri oleh ribuan pengundi Cina boleh diibaratkan sebagai ‘Jamuan Selamat Tinggal kepada BN’ .  Melayu dan Bumiputera penyokong BN sedar mesej para pengundi Cina di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.  

Hakikatnya, pencapaian 22% bagi BN negeri Selangor adalah terlalu lemah.  Gelombang biru menjadi air surut yang meninggalkan pantai dan sayu dipandang, hilang pengharapan sehinggalah air pasang kembali. 

Namun kita tidak boleh menyerah kalah dan membiarkan Selangor dilanyak oleh DAP-PKR-PAS untuk lima tahun kehadapan.  Kita mesti bangun untuk membetulkan keadaan.  Strategi dan langkahnya kita akan perincikan bersama.  Doa dan munajat akan kita buat bersama.  In syaa ALLAH PRU-14 panji-panji BN akan dapat berkibar tinggi lagi di Selangor.

Kepada ribuan jentera dan jutaan penyokong BN di Selangor, bersabar dan teruskan usaha menabur bakti sesama, kita, masyarakat dan rakyat.  

Mari kita bangun terus berjuang untuk agama Islam kita, bangsa kita dan negeri kita. In syaa ALLAH kita akan berjaya walaupun apa jua halangannya.Kita susun pasukan kita untuk PRU-14 mulai hari ini.  Kita akan hadapi apa jua rintangan dan bersabar serta berkhidmat kepada rakyat negeri Selangor.  Selamat berjuang dan berkhidmat!!!

No comments:

Post a Comment