BN
Jadi Parti Tunggal
Mutakhir ini cadangan penggabungan Barisan Nasional (BN) menjadi parti
tunggal oleh beberapa pemimpin gabungan BN pada hemat saya adalah sangat
tergesa-gesa dan tidak tepat masanya.
Saya yakin kegagalan BN menguasai kerusi 2/3 Parlimen dalam PRU-13
sebenarnya bukan sebab parti BN itu sendiri.
Sehubungan dengan itu parti BN bukan masalahnya. Jangan kita silap mengenal penyakit dan silap
memberi ubat yang akibatnya membawa kemusnahan,
Marilah kita akui bahawa dalam PRU-13, Pakatan Rakyat telah berjaya
menyebarkan dan memperolehi sokongan kerana mesej dan perancangan mereka kepada rakyat ada
yang mempunyai merit dalam pandangan rakyat.
Helah, dakyak dan Manifesto mereka telah memikat ramai rakyat.
BN sebenarnya tidak serius belajar dari peristiwa PRU-12 tahun 2008. Beberapa isu besar tidak dapat diselesaikan
dan memuaskan hati rakyat. Antara
isu-isu tersebut adalah:-
Ø Melayu
resah gelisah kerana ‘keistimewaan mereka sebagai Melayu’ telah diabaikan oleh
UMNO dan Kerajaan.
Ø Melayu
hari ini mahukan pemerintah meningkatkan lagi program-program dan polisi
berkaitan pembangunan syariah Islamiah. UMNO/Kerajaan gagal menonjolkan tokoh
agama yang dapat menawan hati rakyat. Alhamdulillah, di saat-saat akhir ada
golongan ulama yang berani bersuara menyokong UMNO.
Ø UMNO/Kerajaan
ataupun pegawai masih teragak-agak dalam menyelesaikan isu sekolah bantuan
kepada sekolah pondok (Sekolah Agama Rakyat) di seluruh negara. Beberapa kriteria menghalang sekolah-sekolah
pondok tersebut dari mendapat bantuan Kerajaan.
Ø UMNO/Kerajaan
gagal mendapat sokongan penuh kakitangan Kerajaan sendiri.
Ø UMNO/Kerajaan
kehilangan kuasa pada GLC dimana GLC tidak lagi serius membangun ekonomi Melayu. Perkara ini mesti diselesaikan segera.
Ø Ramai
calon-calon DAP-PKR-PAS adalah bekas pegawai GLC. Ini benar-benar mengecewakan.
Ø UMNO/Kerajaan
dilihat gagal dalam mengurus pendidikan anak-anak Melayu dari segi kualiti
sekolah kebangsaan dan institusi pengajian tinggi. Bayangkan majoriti pendidik tidak menyokong
kerajaan.
Ø Kerajaan dilihat
gagal dalam isu PTPTN. Berjuta pengundi muda tidak memberi undi kepada kerajaan
kerana isu PTPTN.
Ø Pemansukan
Kementerian Pembangunan Usahawan membantutkan proses pembangunan ekonomi Melayu. Para usahawan Melayu kebingungan dan ramai
kecewa dengan UMNO/BN.
Ø Para
pemimpin UMNO/BN dilihat begitu bermewah-mewah.
Anak-anak mereka juga begitu menunjuk-nunjuk kemewahan mereka sehingga
rakyat muak untuk menyebut nama-nama mereka.
Ø Pemimpin
UMNO/BN tidak lagi berpolitik memberi khidmat menemui rakyat. Contohnya, berapa ramai pemimpin UMNO/BN yang
rutin minum di gerai bersama rakyat.
Mereka sibuk dihotel dan gagal memahami keperluan rakyat.
Ø Sebagai
tunggak kerajaan, UMNO/BN dilihat tidak dapat mengemukakan calon-calon
berwibawa. Malahan ada calon-calon yang dianggap bermasalah tetap dicalonkan.
Ini masalah besar polisi dan praktis dalam UMNO/BN sendiri.
Ø Perkembangan
peluang pekerjaan yang kurang memberangsangkan membuatkan ramai anak-anak muda
tidak memilih UMNO/BN.
Ø Kenaikan
harga barang dan isu GST juga menjadi isu besar kepada rakyat berpendapatan
rendah dan sederhana rendah.
Ø Beberapa
polisi Kerajaan yang meresahkan rakyat gagal diselesai oleh UMNO/Kerajaan.
Ringkasnya, UMNO sebagai tunggak
BN sebenarnya masih lagi diberi kepercayaan oleh majoriti Melayu. Kita mesti menyelesaikan hal UMNO dan membina
kekuatan dari UMNO supaya BN dapat dikuatkan.
Para memimpin UMNO/BN mesti mendekati rakyat, makan tengahari dengan
rakyat dan solat berjemaah di masjid dan surau.
Natijahnya, UMNO mesti agresif membawa tokoh-tokoh, pemimpin tempatan dan cendiakawan yang berjiwa rakyat dalam kepimpinan UMNO.