Friday, December 24, 2010

UMNO SEBENARNYA MEMPERJUANGKAN ISLAM, BANGSA DAN NEGARA

Dalam dua minggu ini saya kerap minum dengan sahabat-sahabat lama dan baru dari kelompok Pimpinan-Pemimpin Cawangan PAS. Sambil minum dan bercerita hal niaga, beliau berpandangan berikut yang sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa ramai akar umbi PAS tidak tahu dan bingung dengan halatuju Perjuangan PAS hari ini:-

1. Melayu Islam Bumiputera termasuk orang Asli masih lagi memerlukan pemangkin untuk meningkatkan pencapaian pendidikan sehingga peringkat tertinggi – kami sependapat. Usaha UMNO dalam perkara ini sangat dihargai.

2. Melayu Islam Bumiputera yang telah berjaya masih kurang membantu menwujudkan peluang pekerjaan untuk anak bangsa – kami sependapat berdasar pengalamannya.

3. Keperluan pembangunan ekonomi untuk Melayu Islam Bumiputera memanglah mesti dibuat (bersetuju dengan saya – ‘kemiskinan boleh mendekatkan kepada kekufuran) .

4. Hubungan akar umbi PAS dan PKR adalah ‘orang PAS yang kerja kuat tapi PKR yang menikmati kemenangan’. PKR juga tidak sehaluan ‘fokus perjuangannya untuk Melayu Islam). Mereka bersetuju PKR yang tidak menguntungkan Melayu.

5. Hubungan PAS dan DAP adalah ‘mengelirukan’. DAP yang lebih untung. Isu peningkatan premis-premis maksiat yang diluluskan DAP yang memaksa PAS menyokongnya membuatkan akar umbi PAS marah dengan DAP.

6. UMNO adalah parti Melayu Islam Bumiputera yang kuat.

7. PAS adalah parti Melayu Islam yang kuat.

8. Beliau dan akar umbi muda PAS tidak tahu bahawa pada suatu ketika Pejuang-Peluang Islam Aliran sebelum PAS adalah begitu akrab dengan UMNO (ahli-ahli gerakan Islam itu boleh menjadi ahli UMNO – dua keahlian). DAP sangat marah dengan perkara itu.

9. DAP berjaya menipu PAS dari tahun 1968 sehingga Pilihanraya 1969 dalam konteks ‘mereka berpakat dan bersatu untuk memusnahkan UMNO’. Selepas ‘hampir memenangi’ Pilihanraya 1969 untuk Selangor + (Wilayah Persekutuan sekarang) mereka lupa PAS dan mengeji dan menghalau orang Melayu dari Kuala Lumpur. Mereka mencetuskan huru hara 13 Mei 1969. (Ramai akar umbi PAS tidak tahu ini). Itu sebab banyak artikel saya mengaitkan PAS bertanggungjawab sebagai talibarut DAP dalam konteks peristiwa 13 Mei 1969’ kerana mereka bersekutu dengan DAP ketika itu.

10. Selepas 1969, PAS dan Gerakan (Gerakan adalah pecahan dari DAP berpusat di Penang) telah menyertai Barisan Nasional. Nik Aziz adalah orang yang membawa PAS keluar dari BN. Nik Aziz dan Ahmad Awang dan ramai lagi seperti mereka memang takut ‘Perpaduan Melayu’ dengan UMNO.

11. Suara Nik Aziz sekarang lebih kepada pandangan peribadi dan banyak memudaratkan PAS.

12. Pada padangan beliau, ‘PAS boleh bekerjasama dengan UMNO’ dalam perjuangan agama bangsa dan negara.

13. Beliau juga menyatakan ‘orang Melayu marah bila UMNO banyak memberikan Kawasan Majoriti Melayu kepada MCA dan MIC’. Itulah yang membuatkan PAS terus berjuang. Terbukti PAS berjaya dalam memenangi Kawasan Melayu yang UMNO berikan kepada MCA dan MIC.

14. Kami bersetuju ‘Politik Melayu sepatutnya menguatkan Melayu dan bukan memecahbelahkan Melayu’. Kata beliau, ‘PAS patut berdiri sendiri, bukan bekerjasama dengan PKR dan DAP.

15. Fokus perjuangan adalah menguatkan Islam , Ekonomi dan Pendidikan.


Perbincangan-perbincangan seperti diatas semakin meyakinkan saya bahawa UMNO boleh menang sekira ia berjaya menguatkan lagi kegiatan-kegiatan Islam yang dapat digerakkan oleh Biro Agama seluruh negara. Kita mesti berusaha untuk mendapatkan keyakinan ‘para ilmuan Islam akar umbi (Ustaz dan Ustazah) bahawa UMNO memang menjaga dan meningkatkan Islam serta kesejahteraan umat dan negara. UMNO sedang membangunkan Islam tetapi PAS tidak mengiktiraf perkara ini. Kita mesti memahamkan perkara ini kepada ustaz dan ustazah dan akar umbi melalui contoh-contoh aktiviti agama dan kemasyarakatan.

No comments:

Post a Comment