Sunday, December 19, 2010

Dilema Baru Perniagaan Melayu Bumiputera Islam

Beberapa hari ini saya terjumpa beberapa orang rakan usahawan yang telah menjadi Jutawan dan juga yang masih belum jadi Hutawan.

Tema perbualan yang tidak dirancang semasa minum-minum teh adalah impak negatif Model Baru Ekonomi adalah seperti berikut:-

1. Syarikat-syarikat bukan Bumiputera kini lebih senang dapat projek dari kerajaan dan GLC yang telah diberi oleh kerajaan berbanding syarikat-syarikat Melayu Bumiputera Islam. Maksudnya disini ‘sumber projek’ untuk Melayu Bumiputera Islam semakin mengecil dan mengecil. GLC pula tidak serius membangun bersama Usahawan Melayu Bumiputera Islam.

2. Syarikat-syarikat Melayu Bumiputera Islam semakin sukar untuk mendapat pinjaman kewangan dari bank-bank dan agensi kewangan atas alasan ‘projek kurang dayamaju’ dan ‘tidak menepati profil risiko bank’. Bank-bank seperti CIMB dan Maybank mereka anggap sekarang lebih kejam dari bank-bank milik bukan Melayu Bumiputera Islam. Bank Islam juga dipertikai dari segi ‘keehsanannya’.

3. Syarikat-syarikat luar negara yang Jutawan Melayu Bumiputera Islam lobi untuk jadi rakan kongsi perniagaan ‘teknologi baru diMalaysia’ sudah mula tidak mengendahkan mereka kerana syarikat-syarikat ini telah mula mencari rakan kongsi bukan Melayu Bumiputera Islam yang pada mereka ‘berpengalaman berniaga’.

Mereka itu bukan ‘commission agents’ tetapi ‘real businesmen’ with operating companies and factoris and workers’.

4. Usahawan Melayu Bumiputera Islam begitu sukar untuk mendapatkan kemudahan geran Kementerian Sains dan Teknologi walaupun diteraju oleh pakar-pakar dalam industri itu sendiri. Syarikat yang telah diluluskan pula mengalami ‘kelewatat disbursement’ sehingga projek terganggu.

5. Syarikat-syarikat yang dikenal pasti sebagai milik orang-orang UMNO merasai semacam ada ‘systemic disqualification’ dalam projek-projek kecil dengan Kementerian dan Agensi-Agensi Kerajaan dan mereka semakin sukar untuk mendapatkan projek. Ada kes-kes yang syarikat terpaksa mula membuang / mengurangkan pekerja.

6. Terma-terma dalam kontrak baru Kementerian dan Agensi ada yang semakin tidak logik dan ‘seperti mustahil’ untuk dipenuhi oleh syarikat-syarikat Melayu Bumiputera Islam yang baru mula bertapak.

7. Memiliki syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Syarikat sekarang merupakan satu liabiliti dan risiko tinggi kerana pelbagai denda yang beribu-ribu ringgit dikenakan kepada syarikat yang ‘melanggar akta’. Pendaftar Syarikat kini bersifat seperti ‘ceti’ yang mengenakan ‘bunga atas pokok dan bunga’.

8. Serta kesan-kesan negatif yang lain pada saat ini begitu menekan usahawan Melayu Bumiputera Islam akibat proses transformasi ekonomi terkini. Samada kesan-kesan tersebut akan berterusan atau boleh diatasi dalam setahun dua ini memang menjadi tandatanya.

Akhirnya kalau dilihat dari realiti diatas yang membelenggu perkembangan syarikat dan ekonomi, rasanya akan lebih ramai usahawan Melayu Bumiputera Islam yang akan ‘memikir panjang untuk menyokong UMNO-BN’ dalam PRU-13 kalau kesan-kesan negatif terhadap syarikat-syarikat mereka berterusan sehingga pilihanraya.

Sehubungan dengan itu UMNO-BN mesti mencari jalan menyelesai masalah tersebut kerana ia tidak boleh diserahkan kepada ‘free market forces’ dan dipisahkan dari ‘politik’sahaja. Ini kerana fundamental perkara adalah 'pasaran semakin mengecil untuk Melayu Bumiputera Islam' walaupun slogan baru kita mahu membentuk Usahawan Bumiputera Glokal.

No comments:

Post a Comment