Monday, December 20, 2010

Konvensyen DAP-PKR-PAS Hendak Bunuh PAS

Sungguh-sungguh betul Pakatan DAP-PKR-PAS hendak menang dalam PRU-13 sehingga telah menerbitkan janji Program 100 Hari di Konvesyen baru-baru ini . Ia mencerminkan sifat dan pemikiran sebenar Pakatan DAP-PKR-PAS untuk berkuasa. Kalau tak silap cetakannya bertajuk ‘Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!.


Pandangan saya terhadap perkara itu:-

1. Slogan-slogan seperti ‘Program 100 Hari’ ini memanglah kata-kata janji manis Anwar Ibrahim. Dari dulu sampai sekarang dia suka buat janji macam itu. Tak percaya tanya orang Sabah. Selepas 100 hari bila orang tanya belaiau jawab’ ‘100 Hari tu baru fikir tentang dan rancang’ – dimarahi pula orang yang bertanya.

2. Hal ehwal reformasikan SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia pula memanglah kena sebut sebab hendak selamatkan Anwar Ibrahim juga. Nota: Parlimen tidak dimasukkan dalam senarai.

3. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan Slogan Lama nyanyian DAP yang kini sungguh-sungguh mahu menyerapkan fahaman sosialis-komunis kepada rakyat Malaysia.

4. Ambilalih aset lebuhraya – tumpang sekaki apa yang kerajaan sedang usahakan.

5. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat – tumpang sekaki apa yang kerajaan sedang buat.

6. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan kepada mereka – umpan kepada kakitangan awam khususnya guru-guru yang kini masih begitu kukuh menyokong kerajaan.

7. Menjadikan air sebagai hak rakyat deng an mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan. Nampak ikhlas tetapi khabarnya mereka telah sediakan ‘syarikat yang akan membantu mereka menguruskan air’.

8. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar – Nasib orang kampung tidak ada dalam agenda mereka. Fahamilah orang kampung itu 90% adalah orang Melayu. Pakatan ini memang tidak kisah dengan orang Melayu Bumiputera Islam.

9. Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA – Ini memang serangan yang sedang mereka buat sekarang untuk memecahbelahkan orang Melayu. Ingat pepatah, ‘pecah belah, perintah’. Ini lebih kepada strategi DAP untuk membolot industri sawit negara yang ditunjangi oleh FELDA. PAS buat-buat tidak faham perkara ini.

10. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus – Slogan setiap Pilihanraya.

11. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah – mahu memporakporandakan Sabah dengan isu ini.


Pakatan DAP-PKR-PAS tidak janji yang berikut:-

1. Meningkatkan Ekonomi Negara – sebenarnya mereka tak tahu hendak buat apa.

2. Meningkatkan Ekonomi Luar Bandar yang 90% penduduknya adalah Melayu Bumiputera Islam. Rugilah orang Luar Bandar yang merupakan 65% penduduk Malaysia. Itulah wawasan sebenar DAP yang memang kuat di bandar-bandar.

3. Melaksanakan ‘melaksanakan apa sahaja Janji PAS untuk mengukuhkan Islam’. Maksudnya pengukuhan Islam tidak ada dalam agenda mereka. Bayangkan PAS setuju dengan perkara ini. Dimana kedudukan PAS?

Membuktikan PAS hanyalah tonggangan yang setia kepada Pakatan DAP-PKR-PAS ini. Majoriti ahli-ahli PAS sangat kecewa dengan hal ini. (Selingan: ramai yang sudah ‘malu sokong PAS, baik sokong DAP terus’, kata mereka). Macam beberapa anak muda Melayu liberal yang bangga menjadi ahli DAP dalam konvensyen tersebut.


Konvensyen tersebut nampak benar dikuasai oleh DAP. Secara halus tetapi terang Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipaparkan dan memaparkan dirinya sebagai Calon Perdana Menteri.

PAS memang tidak puas hati dengan Konvensyen tersebut. Sebenarnya DAP dan PKR macam hendak bunuh PAS saja.

No comments:

Post a Comment