Assallammualaikum dan Selamat Petang.
Pandangan Kadir Jasin adalah pandangan campuran fakta
ekonomi dan penonjolan kejengkelan terhadap kepimpinan Kerajaan dan Kerajaan
masa kini. Saya ingin bertanya, kerajaan
mana yang memperincikan kelemahan ekonominya di media massa?
Adalah menjadi tanggungjawab kita mencari dan mengenal
maklumat yang tepat dalam membuat keputusan dalam menjalani penghidupan. Kepimpinan Kerajaan tentunya cuba mencari
jalan tengah dalam mencerna ekonomi negara ini.
Hakikatnya, Alhamdulillah ekonomi Malaysia masih lebih baik
prestasinya dari ekonomi USA, ekonomi beberapa negara Eropah dan negara-negara
lain yang beberapa pihak agung-agungkan.
Boleh untuk kita marah-marah kepada pelbagai pihak. Namun lebih baik juga kita lihat dalam diri
kita sendiri untuk keluar dari permasalah ekonomi sekarang ini.
Secara lazimnya, setiap dari kita mesti berusaha lebih kuat
dan lebih bijaksana untuk menjana sumber ekonomi baharu atau sumber pendapatan
baharu bagi mengimbangi apa yang kita hilang akibat 'turunnya harga getah,
sawit dan eksport umumnya'.
Contohnya, pada saat inilah kita memikirkan 'tanaman apakah
yang boleh ditanam bersama di kebun getah kita?'. Mungkin pokok gaharu satu tanaman yang bagus
supaya dalam masa lima tahun lagi boleh mengeluarkan hasil. Mungkin tanaman keledek boleh menjana
pendapatan bagi enam bulan kehadapan.
Mungkin kita boleh buat kraftangan dari bahagian-bahagian pokok getah
dan daunnya.
Mungkin juga boleh kita tanam pokok-pokok herba yang boleh hidup dibawah rimbunan pokok
getah dan sawit. Nilai pokok herba kita
semakin meningkat sehinggakan boleh dibuat produk farmausetical untuk eksport.
Mungkin para Profesor dan bijak pandai boleh eksport
kepakaran ke luar negara. Contohnya
syarikat-syarikat Arkitek kita boleh memberi khidmat projek-projek di luar
negara. Saya difaham ada beberap syarikat 'drafting & technical' telah
dipercayai memberi khidmat oleh syarikat-syarikat Jerman dan USA.
Kepakaran IT kita juga semakin meningkat sehingga mungkin
boleh menjana pendapatan RM10 billion dalam masa dua tahun lagi. Ada syarikat IT Malaysia yang nilainya kini
lebih RM1 billion. InsyaAllah kalau
kita kerja kuat dalam masa lima tahun lagi kita akan ada syarikat IT bernilai
berpuluh billion.
Industri bioteknologi kita juga ada peningkatan besar
bernilai berbilion ringgit. Kita mesti
ambil peluang ini. Jangan gelak,
kerjasama dengan negara Cuba juga mempunyai potensi baik kepad para usahawan
Malaysia. Saya difaham industri 'khidmat perubatan Malaysia' adalah antara yang
terbaik di dunia.
Begitu juga dengan industri penyelenggaraan kapal terbang
dan kejuruteraan tinggi yang kini bernilai berbilion ringgit.
Begitu juga dengan industri perbankan, 'Malaysian bankers
and syariah based bankers' boleh bekerja di mana-mana sahaja di dunia ini. Negara-negara Timur Tengah dan benua Rusia
dan juga USA juga mengalu-alukan kita.
Begitu juga juga dengan industi minyak 'O&G', jurutera
minyak Malaysia adalah bertaraf dunia.
Hari ini ratusan jurutera minyak Malaysia menaiki pesawat bertugas di
seluruh dunia.
Industri inovasi kita masih muda namun saya yakin dengan
sedikit motivasi dan tekanan Inovator Malaysia boleh menghasil pelbagai inovasi
bernilai tinggi.
Hampir lupa, perniagaan atas talian (on-line businesses)
membuka dimensi baharu pelaung penjanaan pendapatan dan ekonomi baharu. Tak percaya tanya kepada anak-anak kita. Mereka boleh jual T-Shirt terpakai yang
berbau peluh melalui internet dan ada pembeli.
Teroboslah dunia internet ini.
Khidmat internet Malaysia bolehlah dikatakan bagus juga. Pastikan kita dan keluarga adalah 'intenet business savvy'.
Apa yang saya cuba sampaikan adalah kita melihat kepada
keupayaan masing-masing (setiap individu/modal insan) melahirkan 'peluang
ekonomi bernilai tinggi' (high value economic opportunities). Ini sangat penting supaya kita berusaha
lebih.
Seperti yang dibuat oleh Rasulullah SAW, mungkin berhijrah ke
negara lain merupakan satu pilihan bagus untuk meningkatkan nilai ekonomi
keluarga. Seperti naik kereta ke
Kelantan, hampir separuh negara-negara di dunia boleh kita pergi di bawah masa
8 jam. Ramai profesional kita yang telah
berhijrah dan berjaya membina ekonomi serta menyumbang kembali kepada keluarga
di Malaysia.
Satu lagi aspek yang saya lihat sangat berpotensi membina
perniagaan sosial (social entrepreneurship) adalah pengumpulan modal melalui
WAQAF. Jutawan dan hartawan kita wajar
digalakkan berWAQAF bagi membangun perniagaan strategik. Contohnya, pembinaan rumah sembelihan HALAL
yang kesannya boleh membentuk rangkaian perniagaan ayam dan ternakan lainyang
lebih suci dan saksama.
Jangan juga kita pinggirkan ajaran dan saranan Rasulullah SAW untuk kita solat malam, solat DHUHA dan juga membaca surah WAQIAH setiap hari
untuk menghindari kemiskinan. Saya yakin
sekira setiap umat Islam di Malaysia membaca sekali sehari surah WAQIAH doa dan
janji Rasulullah SAW akan termakbul dan umat Islam Malaysia akan maju ekonominya
dan teguh iman mereka serta ada rasa syukur dalam jiwa dan penghidupan.
Kita doa-mendoakanlah antara kita mudah-mudahan Allah beri
kita semua kemudahan dalam setiap pekerjaan, ditunai hajat & cita-cita, murah rezeki & kekayaan halal, kesejahteraan dan kejayaan di dunia dan di akhirat serta dipelihara kita dari
api neraka.
Ampun maaf saya pohon, yang benar dan baik dari Allah SWT
dan kesilapan adalah kelemahan saya sendiri.
No comments:
Post a Comment