Dr. Kamal Salleh, Dr. Muhamad Abdul Khalid dan Dr. Lee Hwok
Aun adalah tiga orang 'pakar ekonomi'
Malaysia yang telah dibeli oleh idea 'full economic liberation' yang
diokestrakan oleh World Bank untuk negara-negara tertentu atas agenda tertentu.
Saya tidak kenal sangat Dr. Muhamad dan Dr. Lee. Namun sedikit sebanyak saya kenal Dr. Kamal
Salleh.
Dr. Kamal Salleh adalah seorang 'corporate drop-out dan juga
'average politician'.
Saya yakin dia melonjak ke dunia korporat disebabkan
'peluang Agenda Melayu'. Namun 'dia
gagal' dan tidak menyumbang kepada pembangunan lebih ramai korporat Melayu
sepertimana dijanjikannya.
Sebagai ahli politik
dia dianggap malas untuk membantu rakyat yang diwakilinya. Sebagai orang kecewa beliau kembali menjadi
seorang 'pengajar' dan menyerahkan dirinya kepada 'teori ekonomi bebas' yang
sebenarnya adalah tidak sebebas mana kerana ia. sebenarnya adalah 'economic domination'.
Kamal Salleh hari ini begitu gah mengecil-ngecilkan Agenda
Melayu kerana dia dan anak beranaknya 'telah sedikit sebanyak Capital' yang
dikumpul semasa menjadi korporat dan ahli politik. Dia tidak lagi bimbang dengan keupayaan
anak-anaknya untuk menjadi pemilik saham minoriti dalam korporat Bursa Saham.
Duit simpanannya 'dimakan tujuh keturunan mungkin tidak habis'.
Dia telah 'sampai di
kemuncak bersendirian'. Dia lupa untuk
membangun bersama Melayu-Melayu lain.
Saya teringat
begitulah kenyataan seorang bekas korporat yang telah meninggal dunia bila dia
kata ' Melayu tak perlu sokongan kewangan lagi' dalam satu mesyuarat POLISI
KERAJAAN. Saya bangun dan sanggah dia
dengan mengatakan 'Tan Sri silap kerana peniaga Melayu Bumiputera yang baru
mula berniaga memang memerlukan modal.
Mereka belum boleh pinjam duit bank sepertimana korporat Tan Sri'. Allahyarham Tun Ismail Ali ketika itu
menyokong sanggahan saya dan Tan Sri itu tergamam dan pada hari dia meninggal
dunia pemilikan korporatnya juga mula lebur.
Begitu juga dengan kebongkakan seorang lagi Tan Sri yang
bangga dia bijak berniaga saham dengan rakan kongsinya tanpa bantuan Agenda
Melayu. Allahyarhan Tun Ismail Ali
menempelaknya dalam satu majlis makan malam.
Allahyarham Tun Ismail Ali pernah berkata 'orang-orang
Melayu mesti dibantu untuk berniaga dan bersaing dalam perniagaannya sehingga
Melayu boleh menguasai ekonomi yang seimbang.
Kalau kita bantu 10 syarikat dan 2 syarikat boleh membuat untung dan
berkembang maju maka itulah yang akan menggerakkan kemajuan ekonomi Melayu'.
Yang gagal teruk sangat kita 'restructure'.
Pada pandangan saya Agenda Melayu mesti diteruskan oleh
Kerajaan dengan mengambilkira beberapa prinsip yang sesuai untuk masa dan
ketika ini. Wajar diingat, penutupan
Kementerian Pembangunan Usahawan membantutkan perkembangan ekonomi Melayu dan
kini TERAJU terpaksa mula dari point zero kembali.
Sewajarnya apa yang perlu kita tekankan adalah 'peningkatan
peranan korporat Melayu yang telah berjaya untuk membantu ekonomi orang Melayu
dari sudut, pekerjaan, perkongsian modal dan juga penerobosan ekonomi global.
Keduanya program yang boleh menguatkan inovasi dan pembangunan modal keluarga
dan peniaga kecil Melayu untuk berkembang.
Pandangan korporat gagal seperti Kamal Salleh hanyalah mahu
melemahkan Kerajaan hari ini. Isu
menghapuskan Agenda Melayu (tongkat Melayu kata mereka) telah saya dengar dan
tentang sejak 1991 lagi. Itulah modal
mereka yang mahu melemahkan ekonomi Melayu hari ini.
Saya cabar Kamal
Salleh keluarkan modal RM10 juta bantu para peniaga pasar malam supaya mereka
kompetitif. Kemudiannya mereka boleh
mendapat pinjaman dari bank dagang dalam dan luar negara.
Saya juga cabar sahabat-sahabat korporat Kamal Salleh yang
hari ini kaya raya oleh peluang Agenda Melayu WAQAFKAN 35% HARTA MEREKA ke
dalam BANK WAQAF MALAYSIA bagi membantu Melayu/Muslim dan peniaga kecil
berbilang bangsa di negara ini. BANK
WAQAF memerlukan RM5 billion untuk beroperasi.
Itu sedikit sebanyak akan 'meringankan beban Kerajaan dalam Agenda Melayu'. Jangan hanya cakap berselindung dengan
tulisan kajian yang diupah.
No comments:
Post a Comment