Sunday, May 10, 2015

SEJARAH TABUNG HAJI

Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji telah ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1962 (selepas lima tahun merdeka) hasil dari idea inovatif sumbangan intelektual YM Professor Di Raja Ungku Aziz .  Beliau telah melakukan kajian dan mendapati ramai umat Islam Malaysia yang rata-rata miskin terpaksa menjual harta dan tanah yang memang sedikit bagi membiayai kos pemergian menunaikan fardhu Haji di Tanah Suci Mekah serta menziarah dan beribadah di Masjid Nabawi di Madinah.  

Pada tahun 1969 beberapa pembaharuan dan penggabungan fungsi telah ditambah dan organisasi tersebut telah ditukar nama kepada Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) dengan Pengurus Besar pertama adalah Tan Sri Dato’ Hanafiah Hussain, bekas Pengurus Besar FELDA. Pengalaman beliau menerajui FELDA tentunya membantu dalam proses pengembangan Tabung Haji dengan pelbagai usaha inovatif dan berjaya menarik minat ramai pendeposit konsisten di seluruh negara, termasuk para peneroka FELDA di seluruh negara.

Tabung Haji berkembang pesat dari setahun ke setahun dari sudut keefektifan operasi pengendalian Haji, pembentukan masyarakat sejahtera, kadar pulangan pelaburan tinggi dan jumlah deposit pelabur sentiasa berkembang sehingga ia mampu bersaing dalam pelaburan amanah ekuiti korporat negara. 

Ringkasnya ia bukan sahaja berjaya memenuhi matlamat mengurus jemaah Malaysia untuk menunai Haji dengan teratur dan selesa tetapi juga menerapkan Budaya Menabung dan Melabur kepada rakyat Melayu Bumiputera Muslim negara ini.

Sebenarnya Tabung Haji adalah satu inovasi berbentuk organisasi dan sistem yang telah membuktikan bahawa simpanan kecil (mikro) oleh jutaan orang Islam di Malaysia boleh dikumpul sepanjang tahun dan ditadbir dalam konteks pelaburan amanah bagi menghasilkan pulangan yang munasabah dan dapat mencapai objektif para penabungnya, khususnya untuk membiayai pemergian menunaikan fardhu Haji dengan teratur mengikut giliran yang ditetapkan berdasarkan waktu pendaftaran dan jumlah simpanan yang telah mencukupi.

Kepercayaan para penabung mengekalkan dan menambah pelaburan di Tabung Haji tanpa had setelah mereka menunaikan fardhu Haji menambah lagi sumber modal pelaburan yang boleh diurus oleh Tabung Haji dari setahun ke tahun berikutnya. Ia membolehkan Tabung Haji memiliki lebih banyak dana untuk pelaburan dan peningkatan kualiti operasi dengan memiliki aset-aset strategik produktif seperti bangunan yang menyokong operasi Haji di Malaysia dan di Arab Saudi. 

Tabung Haji juga merupakan salah satu pemegang saham utama Bank Islam Malaysia yang juga merupakan perbankan Islam pertama di Malaysia dan ke tiga di dunia semasa penubuhannya pada tahun 1983.

Pada hemat saya Tabung Haji memang sepatutnya boleh menjadi organisasi  teras yang boleh menggalak dan menghasilkan lebih banyak idea inovatif dan juga inovator   usahawan melalui pelbagai pengembangan operasi  Pengurusan Haji dan dan Pelaburan Korporat terkini yang sudah bersifat dan mendapat pengiktirafan global. 

Perlantikan beberapa syarikat sebagai  Pengelola Jemaah Haji telah membuka ruang untuk  inovasi Perniagaan dalam bidang Pengurusan Umrah dan Haji.  Syarikat-syarikat
tersebut berkembang dengan menjalin hubungan perniagaan dengan para pengusaha di Arab Saudi.

Saya juga yakin dengan sedikit sumbangan, penajaan, pertandingan ataupun promosi dari Tabung Haji atau anak-anak syarikatnya kepada para inovator muda Muslim bagi berinovasi akan meningkatkan lagi kadar potensi mereka untuk menghasilkan kejayaan inovasi bernilai tinggi.

Peranan menggalakkan proses inovasi di kalangan murid sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi oleh Tabung Haji tentunya akan mendapat sokongan para pendeposit di Tabung Haji.

Komitmen dan keaktifan Tabung Haji menjadi penyokong dan pemangkin kepada proses membangunkan inovator Muslim untuk lebih berdaya saing dan dinamik, saya yakin boleh menarik hati lebih ramai para pendeposit untuk mendeposit lebih banyak wang di Tabung Haji berbanding dengan di institusi kewangan lain walaupun mereka telah menunaikan fardhu Haji.

Tabung Haji juga boleh melibatkan diri sebagai pelabur modal dalam syarikat-syarikat inovasi Muslim yang berotensi di Malaysia dan peringkat antarabangsa .

Saya cadangkan Tabung Haji membangunkan instrumen pelaburan kewangan untuk umat Islam dari luar negara melabur dengan Tabung Haji.  Inovasi ini akan mengukuhkan lagi peranan Tabung Haji dalam sektor pelaburan amanah Islam di Malaysia dan peringkat global.   

Topik ini saya tulis dalam buku ‘Muslim Mesti Jadi Inovator’.

Saya mohon saudara dan saudari berhemah dalam membicarakan isu TABUNG HAJI.  Jangan sampai kita menang sorak kampung tergadai.

No comments:

Post a Comment