Friday, April 19, 2013

HARI PENAMAAN CALON PRU-13: BN BERTANDING DI SEMUA KERUSI PARLIMEN DAN DUN




HARI PENAMAAN CALON PRU-13:   BN BERTANDING DI SEMUA KERUSI PARLIMEN DAN DUN

Penantian  oleh rakyat dan juga parti-parti yang bertanding selama beberapa bulan sejak pertengahan 2012 telah sampai hampir ke penghujungnya.  

Hari ini 20hb April 2013,  mulai jam 9.00 am sehingga jam 10.00 am proses Penamaan Calon PRU-13 di seluruh negara.  Kerusi Parlimen yang dipertandingkan adalah sebanyak 222 kerusi manakala kerusi DUN adalah 505 kerusi.

SPR akan mengumumkan nama-nama Calon bertanding sebaik sahaja selesai waktu proses penyerahan dokumen pencalonan.

Hari berkempen secara rasminya bermula hari ini sehingga hari pengundian. Pengundian pula akan diadakan pada 5hb Mei 2013 ditempat –tempat pengundian yang telah ditetapkan.  Pada hari Pengundian rakyat berpeluang memilih Calon yang akan mewakili mereka ke Parlimen dan DUN masing-masing.

Parti Barisan Nasional (BN) bertanding di semua kawasan Parlimen dan DUN.  Saya mengharapkan semua Calon BN akan diterima pencalonan mereka dan akan bertanding dengan jayanya. 

 Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memimpin pasukan BN dengan mempertahankan kerusi Parlimen Pekan, Pahang.

Selepas ini Ayat Politik  akan membuat liputan di beberapa kawasan Parlimen dan DUN yang senget pertandingannya.

No comments:

Post a Comment