DATUK ZAHIDI ZAINUL
ABIDIN, AKTIVIS DAN PEMIKIR ISLAM ANTARABANGSA CALON BN BAGI PARLIMEN P1. PADANG BESAR
Datuk Zahidi Zainul Abidin telah diumumkan oleh pihak SPR
sebagai Calon BN Parlimen P1. Padang Besar. Beliau akan ditentang oleh Calon PAS Azamhari
Mahmood.
Datuk Zahidi Zainul Abidin merupakan Ketua UMNO Bahagian
Padang Besar merangkap Pengerusi BN Padang Besar. Beliau juga pernah menyandang jawatan Timbalan
Pengerusi UMNO Negeri Perlis sebelum menyerahkannya kepada Bekas Menteri Besar
Perlis yang lepas. Ini merupakan penampilah pertama beliau untuk
kerusi Parlimen Padang Besar. Beliau
juga pernah bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan lepas.
Datuk Zahidi Zainul Abidin dianggap sebagai pemimpin akar
umbi UMNO-BN yang berjiwa rakyat dan dekat dengan rakyat dikawasannya. Dari sudut penampilan nasional beliau adalah
Pengerusi Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) yang sangat
aktif dalam kegiatan kemasyarakatan, pembentukan program-program pembangunan
siswazah Islam negara, cadangan polisi pengukuhan perundangan syariah Islamiah
dan kerjasama dalam negara dan peringkat ASEAN.
Beliau adalah Pengerusi Majlis Gerakan
NGO Islam ASEAN. Penglibatannya dalam
beberapa proses perundingan keamanan antarabangsa mewakili NGO dan juga
kerajaan meletakkan nama beliau sebagai Aktivis dan Pemikir Islam Antarabangsa.
Rakyat khususnya para pengundi Padang Besar berpeluang untuk
memilih dan melonjakkan pemimpin kesayangan mereka dalam PRU-13 ini. Dalam penampilan kempennya Datuk Zahidi
Zainul Abidin dengan penuh semangat mengulangi komitmen untuk memberi khidmat
terbaik kepada rakyat Padang Besar.
No comments:
Post a Comment