Perbadanan Wang Simpanan
Bakal-Bakal Haji telah ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1962 (selepas
lima tahun merdeka) hasil dari idea inovatif sumbangan intelektual YM Professor Di Raja
Ungku Aziz . Beliau telah melakukan
kajian dan mendapati ramai umat Islam Malaysia yang rata-rata miskin terpaksa
menjual harta dan tanah yang memang sedikit bagi membiayai kos pemergian
menunaikan fardhu Haji di Tanah Suci Mekah serta menziarah dan beribadah di
Masjid Nabawi di Madinah.
Pada tahun 1969 beberapa
pembaharuan dan penggabungan fungsi telah ditambah dan organisasi tersebut
telah ditukar nama kepada Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) dengan Pengurus
Besar pertama adalah Tan Sri Dato’ Hanafiah Hussain, bekas Pengurus Besar
FELDA. Pengalaman beliau menerajui FELDA tentunya membantu dalam proses
pengembangan Tabung Haji dengan pelbagai usaha inovatif dan berjaya menarik
minat ramai pendeposit konsisten di seluruh negara, termasuk para peneroka
FELDA di seluruh negara.
Tabung Haji berkembang pesat dari
setahun ke setahun dari sudut keefektifan operasi pengendalian Haji,
pembentukan masyarakat sejahtera, kadar pulangan pelaburan tinggi dan jumlah
deposit pelabur sentiasa berkembang sehingga ia mampu bersaing dalam pelaburan
amanah ekuiti korporat negara.
Ringkasnya ia bukan sahaja berjaya
memenuhi matlamat mengurus jemaah Malaysia untuk menunai Haji dengan teratur
dan selesa tetapi juga menerapkan Budaya Menabung dan Melabur kepada
rakyat Melayu Bumiputera Muslim negara ini.
Sebenarnya Tabung Haji adalah satu
inovasi berbentuk organisasi dan sistem yang telah membuktikan
bahawa simpanan kecil (mikro) oleh jutaan orang Islam di Malaysia boleh dikumpul
sepanjang tahun dan ditadbir dalam konteks pelaburan amanah bagi menghasilkan pulangan
yang munasabah dan dapat mencapai objektif para penabungnya, khususnya
untuk membiayai pemergian menunaikan fardhu Haji dengan teratur mengikut
giliran yang ditetapkan berdasarkan waktu pendaftaran dan jumlah simpanan yang
telah mencukupi.
Kepercayaan para penabung
mengekalkan dan menambah pelaburan di Tabung Haji tanpa had setelah mereka
menunaikan fardhu Haji menambah lagi sumber modal pelaburan yang boleh diurus
oleh Tabung Haji dari setahun ke tahun berikutnya. Ia membolehkan Tabung Haji
memiliki lebih banyak dana untuk pelaburan dan peningkatan kualiti operasi
dengan memiliki aset-aset strategik produktif seperti bangunan yang menyokong
operasi Haji di Malaysia dan di Arab Saudi.
Tabung Haji juga merupakan salah
satu pemegang saham utama Bank Islam Malaysia yang juga merupakan perbankan
Islam pertama di Malaysia dan ke tiga di dunia semasa
penubuhannya pada tahun 1983.
Pada hemat saya Tabung Haji memang
sepatutnya boleh menjadi organisasi
teras yang boleh menggalak dan menghasilkan lebih banyak idea inovatif
dan juga inovator usahawan melalui
pelbagai pengembangan operasi Pengurusan
Haji dan dan Pelaburan Korporat terkini yang sudah bersifat dan mendapat
pengiktirafan global.
Kepercayaan para penabung
mengekalkan dan menambah pelaburan di Tabung Haji tanpa had setelah mereka
menunaikan fardhu Haji menambah lagi sumber modal pelaburan yang boleh diurus
oleh Tabung Haji dari setahun ke tahun berikutnya. Ia membolehkan Tabung Haji
memiliki lebih banyak dana untuk pelaburan dan peningkatan kualiti operasi
dengan memiliki aset-aset strategik produktif seperti bangunan yang menyokong
operasi Haji di Malaysia dan di Arab Saudi.
Tabung Haji juga merupakan salah
satu pemegang saham utama Bank Islam Malaysia yang juga merupakan perbankan
Islam pertama di Malaysia dan ke tiga di dunia semasa
penubuhannya pada tahun 1983.
Pada hemat saya Tabung Haji memang
sepatutnya boleh menjadi organisasi
teras yang boleh menggalak dan menghasilkan lebih banyak idea inovatif
dan juga inovator usahawan melalui pelbagai pengembangan
operasi Pengurusan Haji dan dan
Pelaburan Korporat terkini yang sudah bersifat dan mendapat pengiktirafan
global.
Perlantikan beberapa syarikat
sebagai Pengelola Jemaah Haji telah
membuka ruang untuk inovasi Perniagaan
dalam bidang Pengurusan Umrah dan Haji. Syarikat-syarikat
tersebut
berkembang dengan menjalin hubungan perniagaan dengan para pengusaha di Arab
Saudi.
Saya juga yakin dengan sedikit
sumbangan, penajaan, pertandingan ataupun promosi dari Tabung Haji atau
anak-anak syarikatnya kepada para inovator muda Muslim bagi berinovasi akan
meningkatkan lagi kadar potensi mereka untuk menghasilkan kejayaan inovasi
bernilai tinggi.
Peranan menggalakkan proses inovasi
di kalangan murid sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi oleh Tabung
Haji tentunya akan mendapat sokongan para pendeposit di Tabung Haji.
Komitmen dan keaktifan Tabung Haji
menjadi penyokong dan pemangkin kepada proses membangunkan inovator Muslim
untuk lebih berdaya saing dan dinamik, saya yakin boleh menarik hati lebih
ramai para pendeposit untuk mendeposit lebih banyak wang di Tabung Haji
berbanding dengan di institusi kewangan lain walaupun mereka telah menunaikan
fardhu Haji.
Tabung Haji juga boleh melibatkan
diri sebagai pelabur modal dalam syarikat-syarikat inovasi Muslim yang berotensi di Malaysia dan
peringkat antarabangsa .
Saya cadangkan Tabung Haji
membangunkan instrumen pelaburan kewangan untuk umat Islam dari luar negara
melabur dengan Tabung Haji. Inovasi ini akan mengukuhkan lagi peranan
Tabung Haji dalam sektor pelaburan amanah Islam di Malaysia dan peringkat
global.
Topik ini saya tulis dalam buku ‘Muslim
Mesti Jadi Inovator’.
Saya mohon saudara dan saudari berhemah dalam membicarakan isu TABUNG HAJI. Jangan sampai kita menang sorak kampung tergadai.