Friday, January 2, 2015

Teruskan Agenda Ekonomi Melayu Dengan Strategi Baharu



Dr. Kamal Salleh, Dr. Muhamad Abdul Khalid dan Dr. Lee Hwok Aun adalah tiga orang 'pakar ekonomi'  Malaysia yang telah dibeli oleh idea 'full economic liberation' yang diokestrakan oleh World Bank untuk negara-negara tertentu atas agenda tertentu.

Saya tidak kenal sangat Dr. Muhamad dan Dr. Lee.  Namun sedikit sebanyak saya kenal Dr. Kamal Salleh.

Dr. Kamal Salleh adalah seorang 'corporate drop-out dan juga 'average politician'. 

Saya yakin dia melonjak ke dunia korporat disebabkan 'peluang Agenda Melayu'.  Namun 'dia gagal' dan tidak menyumbang kepada pembangunan lebih ramai korporat Melayu sepertimana dijanjikannya.

 Sebagai ahli politik dia dianggap malas untuk membantu rakyat yang diwakilinya.  Sebagai orang kecewa beliau kembali menjadi seorang 'pengajar' dan menyerahkan dirinya kepada 'teori ekonomi bebas' yang sebenarnya adalah tidak sebebas mana kerana ia. sebenarnya  adalah 'economic domination'. 

Kamal Salleh hari ini begitu gah mengecil-ngecilkan Agenda Melayu kerana dia dan anak beranaknya 'telah sedikit sebanyak Capital' yang dikumpul semasa menjadi korporat dan ahli politik.  Dia tidak lagi bimbang dengan keupayaan anak-anaknya untuk menjadi pemilik saham minoriti dalam korporat Bursa Saham. Duit simpanannya 'dimakan tujuh keturunan mungkin tidak habis'.   

Dia telah  'sampai di kemuncak bersendirian'.  Dia lupa untuk membangun bersama Melayu-Melayu lain.

 Saya teringat begitulah kenyataan seorang bekas korporat yang telah meninggal dunia bila dia kata ' Melayu tak perlu sokongan kewangan lagi' dalam satu mesyuarat POLISI KERAJAAN.  Saya bangun dan sanggah dia dengan mengatakan 'Tan Sri silap kerana peniaga Melayu Bumiputera yang baru mula berniaga memang memerlukan modal.  Mereka belum boleh pinjam duit bank sepertimana korporat Tan Sri'.  Allahyarham Tun Ismail Ali ketika itu menyokong sanggahan saya dan Tan Sri itu tergamam dan pada hari dia meninggal dunia pemilikan korporatnya juga mula lebur.

Begitu juga dengan kebongkakan seorang lagi Tan Sri yang bangga dia bijak berniaga saham dengan rakan kongsinya tanpa bantuan Agenda Melayu.  Allahyarhan Tun Ismail Ali menempelaknya dalam satu majlis makan malam.

Allahyarham Tun Ismail Ali pernah berkata 'orang-orang Melayu mesti dibantu untuk berniaga dan bersaing dalam perniagaannya sehingga Melayu boleh menguasai ekonomi yang seimbang.  Kalau kita bantu 10 syarikat dan 2 syarikat boleh membuat untung dan berkembang maju maka itulah yang akan menggerakkan kemajuan ekonomi Melayu'. Yang gagal teruk sangat kita 'restructure'.

Pada pandangan saya Agenda Melayu mesti diteruskan oleh Kerajaan dengan mengambilkira beberapa prinsip yang sesuai untuk masa dan ketika ini.  Wajar diingat, penutupan Kementerian Pembangunan Usahawan membantutkan perkembangan ekonomi Melayu dan kini TERAJU terpaksa mula dari point zero kembali.

Sewajarnya apa yang perlu kita tekankan adalah 'peningkatan peranan korporat Melayu yang telah berjaya untuk membantu ekonomi orang Melayu dari sudut, pekerjaan, perkongsian modal dan juga penerobosan ekonomi global. Keduanya program yang boleh menguatkan inovasi dan pembangunan modal keluarga dan peniaga kecil Melayu untuk berkembang. 

Pandangan korporat gagal seperti Kamal Salleh hanyalah mahu melemahkan Kerajaan hari ini.  Isu menghapuskan Agenda Melayu (tongkat Melayu kata mereka) telah saya dengar dan tentang sejak 1991 lagi.  Itulah modal mereka yang mahu melemahkan ekonomi Melayu hari ini.

 Saya cabar Kamal Salleh keluarkan modal RM10 juta bantu para peniaga pasar malam supaya mereka kompetitif.  Kemudiannya mereka boleh mendapat pinjaman dari bank dagang dalam dan luar negara. 

Saya juga cabar sahabat-sahabat korporat Kamal Salleh yang hari ini kaya raya oleh peluang Agenda Melayu WAQAFKAN 35% HARTA MEREKA ke dalam BANK WAQAF MALAYSIA bagi membantu Melayu/Muslim dan peniaga kecil berbilang bangsa di negara ini.  BANK WAQAF memerlukan RM5 billion untuk beroperasi.  Itu sedikit sebanyak akan 'meringankan beban Kerajaan dalam Agenda Melayu'.   Jangan hanya cakap berselindung dengan tulisan kajian yang diupah.