Assallammualaikum.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
memberi semangat, sokongan dan komitmen untuk mengundi YB Datuk Zahidi Zainul
Abidin (Calon no. 7) sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2013 ini.
Kami terus memohon sokongan semua dan undi Perwakilan bagi
membolehkan YB Datuk Zahidi Zainul Abidin berkhidmad sebagai Ahli Majlis
Tertinggi UMNO dan berbakti kepada semua ahli-ahli UMNO, orang-orang
Melayu-Bumiputera Islam dan rakyat serta negara.
Alhamdulillah usaha
menjelaskan visi dan misi serta beberapa program yang sedang dilaksanakan oleh
YB Datuk Zahidi Zainul Abidin bagi ‘Memperkukuh UMNO, Menjunjung Islam,
Sejahtera Negara’ berjalan lancar.
Contohnya, saranan YB Datuk Zahidi Zainul Abidin dan
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) supaya YAB Perdana
Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mewujudkan kembali Kementerian
Pembangunan Usahawan mendapat sokongan penuh ahli-ahli dan Perwakilan UMNO yang
ditemui.
Kementerian Pembangunan Usahawan ini sewajarnya akan dapat
membangunkan para usahawan dan pelabur Bumiputera-Melayu Islam yang kental
jatidiri, kompetitif serta bantu membantu dalam membangunkan ekonomi ummah dan
negara seterusnya dihormati dunia. Dengan
usaha gigih yang mendapat sokongan dan kerjasama massa serta dengan izin serta
pertolongan Allah SWT maka ekonomi kita akan terus berkembang sehingga ke paras
penguasaan ekuiti 50% atau lebih menjelang 2030.
Program Transformasi Graduan Agama yang kini sedang
digerakkan oleh IKIAM, In Syaa Allah akan melahirkan para usahawan dan pengguna
yang dapat menerokai pelbagai perniagaan halal di dalam dan luar negara. Walaupun bergerak bagaikan siput, namun
semangat dan cita-cita perjuangan akan memastikan ianya bergerak menuju ke
garisan kejayaan. In Syaa Allah dengan
sokongan semua pihak termasuk kerajaan maka kita semua akan berjaya mencapai
apa yang kita citakan dan mendapat rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment