Saturday, September 28, 2013

Sokong Datuk Zahidi Zainul Abidin Sebagai Ahli MT UMNO




Assallammualaikum.  

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi semangat, sokongan dan komitmen untuk mengundi YB Datuk Zahidi Zainul Abidin (Calon no. 7) sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2013 ini. 

Kami terus memohon sokongan semua dan undi Perwakilan bagi membolehkan YB Datuk Zahidi Zainul Abidin berkhidmad sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan berbakti kepada semua ahli-ahli UMNO, orang-orang Melayu-Bumiputera Islam dan rakyat serta negara.

Alhamdulillah  usaha menjelaskan visi dan misi serta beberapa program yang sedang dilaksanakan oleh YB Datuk Zahidi Zainul Abidin bagi ‘Memperkukuh UMNO, Menjunjung Islam, Sejahtera Negara’ berjalan lancar.  
  
Contohnya, saranan YB Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) supaya YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mewujudkan kembali Kementerian Pembangunan Usahawan mendapat sokongan penuh ahli-ahli dan Perwakilan UMNO yang ditemui.  

Kementerian Pembangunan Usahawan ini sewajarnya akan dapat membangunkan para usahawan dan pelabur Bumiputera-Melayu Islam yang kental jatidiri, kompetitif serta bantu membantu dalam membangunkan ekonomi ummah dan negara seterusnya dihormati dunia.   Dengan usaha gigih yang mendapat sokongan dan kerjasama massa serta dengan izin serta pertolongan Allah SWT maka ekonomi kita akan terus berkembang sehingga ke paras penguasaan ekuiti 50% atau lebih menjelang 2030.

Program Transformasi Graduan Agama yang kini sedang digerakkan oleh IKIAM, In Syaa Allah akan melahirkan para usahawan dan pengguna yang dapat menerokai pelbagai perniagaan halal di dalam dan luar negara.  Walaupun bergerak bagaikan siput, namun semangat dan cita-cita perjuangan akan memastikan ianya bergerak menuju ke garisan kejayaan.  In Syaa Allah dengan sokongan semua pihak termasuk kerajaan maka kita semua akan berjaya mencapai apa yang kita citakan dan mendapat rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.

Thursday, September 26, 2013

Sokong Datuk Zahidi Zainul Abidin Berkhidmat Sebagai Ahli MT UMNO 2013




UMNO perlukan pemimpin dan  tenaga penggerak, idea baharu, kebolehan berpidato, rangkaian NGO dalam dan luar negara, perancangan juang yang bijak untuk memenangi pilihanraya dan halatuju perjuangan agama dan bangsa yang betul bagi meneruskan kesinambungan UMNO dan keupayaan UMNO memerintah negara serta motto “dulu, kini dan selamanya’ dapat diteruskan dengan jayanya, In Syaa Allah.

YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen Padang Besar mempunyai ciri-ciri ke arah itu. Bersatulah kita memberi tempat kepada beliau (calon no. 7) kali ini demi agama, bangsa dan tanahair.   

Beliau boleh dihubungi di no. 012-210 0479 / 017-335 5306 / 019-237 7887. 

Sekian, terima kasih.

Monday, September 9, 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PROGRAM TRANSFORMASI GRADUAN AGAMA DAN FORUM HALATUJU EKONOMI DAN PERNIAGAAN ISLAM MENJELANG 2020



Ruj. Kami:  PTGA/JEMPUTAN /2013-1      
5hb September 2013                                
           
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ







JEMPUTAN KE PERASMIAN PROGRAM TRANSFORMASI GRADUAN AGAMA & PELANCARAN DANA AT-TIJARAH SERTA FORUM HALATUJU EKONOMI DAN PERNIAGAAN ISLAM MALAYSIA MENJELANG MALAYSIA MENJADI NEGARA MAJU 2020 ANJURAN IKIAM

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2.         Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) kini aktif menganjurkan PROGRAM TRANSFORMASI GRADUAN JURUSAN AGAMA – Perniagaan, Keusahawanan Dan Inovasi Sebagai Kerjaya Dan Ibadah serta Pelancaran Dana At-Tijarah khusus untuk memberi peluang kepada para graduan mendapat bimbingan, latihan dan seterusnya menceburi dalam bidang keusahawanan dan perniagaan serta inovasi yang diminati.

3.         IKIAM seterusnya akan menubuhkan Kelab Kepimpinan Islam di setiap Negeri, Parlimen dan Sekolah-Sekolah dimana kebitaraannya adalah untuk mendidik dan melahirkan insan dalam bidang keusahawanan, kepenggunaan dan kesukarelawan.

4.         Sehubungan itu pihak kami sukacita menjemput YBhg Dato’ / Tuan / Puan / Saudara / Saudari untuk menghadiri program ini seperti berikut:
                        Tarikh:             15hb. September 2013 (Ahad)
Masa:              Jam 10.00 am -  4.30 pm
Tempat:           Kuala Lumpur International Hotel
                        79, Lorong Haji Hussein Dua, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur

Penyertaa, kerjasama dan sokongan dari semua amat dihargai dan kami dahului dengan jutaan terima kasih semoga ianya dapat meningkat perekonomian ummah serta pembangunan negara.

Sekian, wassalam.     

Yang benar,
INSTITUT KERJASAMA ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
MOHD SHAMSUDDIN DAMIN
Setiausaha 



Nota:

Sila sahkan kehadiran ke tel;  019-237 7887. Terima kasih.