Wednesday, June 5, 2013

MELAYU MESTI LEBIH SERIUS BINA UPAYA BERSAING DALAM EKONOMI





Semalam saya menghabiskan masa hampir dua jam dalam dua sesi perbincangan atas topik membina upaya bersaing dalam ekonomi.

Saya sebenarnya dalam proses melihat semula respon beberapa kumpulan terhadap buku terbaru saya yang akan terbit tidak lama lagi iaitu ‘Inovasi Dalam Perspektif Islam’.   Inovasi sentiasa menjadi modal saya dalam membuka ruang berbincangan.  Dalam perpincangan-perbincangan definisi MELAYU adalah MELAYU-ISLAM sepertimana dalam Perlembagaan Negara.  Begitu juga topik membangun usahawan dari graduan jurusan Agama Islam.

Rumusan dua perbincangan adalah seperti berikut:-

1.        Alhamdulillah, kerajaan telah dan sedang memberi peluang kepada Melayu untuk menapak dalam perniagaan.  Beberapa sumber dibahagikan juga kepada orang Melayu. 

Namun kita terpaksa akui ramai orang Melayu yang gagal dalam perniagaan ‘terjamin’ itu dan gagal membantu Melayu lain kerana mereka telah menjual perniagaan berlesen itu ‘outright’ kepada pihak lain.  Contohnya, lesen-lesen pasir dan balak, tanah untuk pembangunan serta AP kereta. 

Kumpulan ini dan anak-anak mereka sepatutnya disenarai hitam.  Sekiranya mereka pemimpin dalam UMNO dan kerajaan, mereka patut melepaskan jawatan dan jangan hari-hari melobi pemimpin kerajaan atau GLC  untuk projek terjamin.

2.       Orang Melayu memerlukan ilmu dan praktikal dalam menjalankan perniagaan.  Kesungguhan melaksanakan sesuatu projek sehingga berjaya mesti dibuat sehingga menjadi satu BUDAYA MELAYU.


3.       INOVASI boleh melonjakkan orang Melayu dalam bidang perniagaan.  Proses berinovasi mesti diterapkan dalam setiap perniagaan Melayu.

4.       Melayu mesti mempraktikkan ajaran Islam dalam perniagaan dan penghidupan mereka.  Ini termasuk solat berjemaah dan mengimarahkan masjid.

5.       Terlalu ramai jutawan Melayu yang menyimpan harta mereka dalam bank dan tidak melabur balik dalam aktiviti ekonomi berpotensi.  Ketamakkan mereka ini  telah mengakibatkan matlamat  Dasar Ekonomi Baru tidak bertunjang dalam masyarakat Melayu.


6.       Melayu memerlukan sekurang-kurangnya 10  ‘billionairs’ seperti Syed Mokhtar dalam masa sepuluh tahun ini.  Oleh yang demikian, agihkan juga peluang kepada ‘jutawan-jutawan kecil’ yang gigih berusaha membangun perniagaan mereka bersama usahawan Melayu lain.  Jangan semuanya diberikan kepada syarikat-syarikat besar dan anak-anak syarikat besar  Syed Mokhtar.

7.       Hakikatnya, Melayu mesti berusaha gigih untuk maju dalam semua bidang yang tidak bercanggah dengan syariah Islamiah.

8.       Melayu juga mesti bantu Melayu untuk maju.  Bahasa modennya ‘rangkaian Melayu mesti bergerak sama’ dalam perniagaan dan caturan ekonomi.

 Contohnya, Melayu buat rumah carilah kontraktor Melayu untuk membinanya.
 Melayu beli insuran & takaful carilah agen-agen Melayu dari syarikat yang Melayu ada sedikit sebanyak pegangan saham.

Hartawan Melayu bila melancong duduklan di hotel-hotel ataupun ‘inap desa’ ketika melancong.

Pengguna Melayu sedapat mungkin belilan barangan keperluan mereka di kedai Melayu ataupun dikedai yang Melayu punyai saham.

9.       Melayu mesti menguasai bahasa Arab, Inggeris,  Cina, India dan Perancis selain daripada bahasa Melayu untuk bersaing dalam penghidupan di masa hadapan.Ini bagi mengukuhkan kebolehan Melayu bersaing di dalam dan luar negara.

No comments:

Post a Comment